Indikator nilai ambang PPN bakal ikut kategori kes, jumlah kematian

July 24, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bercadang menukar indikator nilai ambang kes baharu Covid-19 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori atau jumlah kematian.

Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu mungkin diambil supaya sesuai mengikut perkembangan dan situasi semasa negara.

Katanya cadangan itu telah dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan.

“PPN ini dinamik, sekiranya kes telah menurun dan hanya kes bergejala ringan, jumlah kes baharu ini bukan lagi nilai ambang yang sesuai, kita akan lihat kapasiti kes di unit rawatan rapi (ICU) dan kadar kematian.

“Perkara ini sedang dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan bagi menukar kepada nilai ambang lebih sesuai terutamanya di Fasa Ketiga apabila kita berjaya memberikan vaksin kepada 40 peratus penduduk dewasa negara,” katanya dalam rancangan Agenda Awani malam ini.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan perubahan itu dibuat berdasarkan contoh di negara lain seperti di United Kingdom (UK) yang merekodkan penurunan secara mendadak kes Covid-19 bergejala dan kemasukan ke hospital selepas lebih 40 peratus penduduknya lengkap divaksinasi.

“Oleh itu, apabila 40 peratus rakyat kita mendapat vaksinasi penuh, kita akan minta Majlis Pemulihan Negara (MPN) pertimbangkan perkara ini. Bagaimanapun pertimbangannya adalah tertakluk kepada pakar-pakar yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam kenyataannya hari ini, berkata MPN bersetuju untuk menjemput blok pembangkang – Pakatan Harapan, Warisan Sabah dan Pejuang – serta wakil dari kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggotanya.

Selain itu katanya MPN menjemput pakar-pakar daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli perniagaan Tony Fernandes, penasihat Star Media Group Wong Chun Wai dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penyertaan ahli daripada pelbagai latar belakang tersebut akan membantu MPN membuat keputusan paling tepat dan akan memberi impak positif dari segi perbincangan serta idea.

Katanya ia juga akan bagi menjamin ketelusan serta memastikan proses semak dan imbang dapat dilakukan sepanjang masa.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok