Imuniti kelompok perlu dicapai untuk sektor ekonomi kembali normal

June 11, 2021 · Isu semasa

Sasaran untuk mencapai imuniti kelompok penting bagi memastikan sektor ekonomi kembali normal dan memulihkan pendapatan rakyat yang terjejas, kata Pengarah Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican.

Johan menggesa supaya orang ramai mendaftar janji temu vaksinasi dan mematuhi jadual pengambilan vaksin Covid-19 sekiranya sudah mendapat giliran mereka.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memastikan imuniti kelompok dapat dicapai.

“Kerajaan hanya mampu membantu setakat yang termampu (melalui pakej rangsangan) tetapi akhirnya jika ekonomi terus ditutup, bantuan daripada kerajaan tidak dapat membantu atau menggantikan sepenuhnya kehilangan pendapatan tersebut,” katanya dipetik Bernama semasa wawancara semalam.

Jelasnya lagi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa memantau perjalanan pemberian vaksinasi agar ia berjalan dengan pantas, malah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan yang diumumkan baru-baru ini juga memberi fokus khusus terhadap kapasiti kesihatan awam.

Pada 31 Mei lepas, kerajaan mengumumkan PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion, yang menjadi pelengkap kepada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi terdahulu – dengan tiga matlamat utama, meningkatkan kapasiti kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, meneruskan agenda Prihatin sebanyak RM33 bilion dan menyokong kelangsungan perniagaan sebanyak RM6 bilion.

Pada masa sama, Johan turut menolak dakwaan bahawa pakej rangsangan PEMERKASA Tambahan hanya memberi fokus kepada golongan B40 manakala kebajikan golongan M40 diabaikan.

“Bantuan yang diberikan adalah dengan objektif untuk membantu mereka yang terjejas iaitu mereka yang dalam kategori pendapatan rendah.

“Saya bukan tidak bersimpati dengan golongan M40 atau T20, tetapi hakikatnya apabila berlaku krisis seperti ini (pandemik), dalam keadaan di mana ekonomi terpaksa ditutup dan tidak dapat dilaksanakan, yang terjejas sekali adalah mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Katanya perlu diingatkan bahawa Belanjawan 2021 dan enam pakej rangsangan yang diumumkan sebelum ini, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada golongan M40 dan beliau percaya golongan itu telah mendapat manfaat yang lebih daripada apa yang diperoleh oleh golongan B40 kali ini.

Ditanya adakah perlu bantuan oleh kerajaan dihadkan sehingga satu ketika sahaja dan tidak secara berterusan, Johan berkata pakej rangsangan seperti ini sememangnya bersifat sementara dan hanya diberikan ketika negara dilanda krisis sahaja.

“Ia tidak mampu dibuat secara berterusan kerana semua ini dibiayai oleh pinjaman. Pinjaman ini akhirnya perlu dibayar balik. Oleh itu, ia tertumpu pada masa ini, COVID-19, semasa keadaan ekonomi tidak dapat dibuka secara biasa dan ramai yang tidak dapat mencari nafkah,” katanya.

Johan berkata sejak COVID-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion.

Katanya sehingga kini, ia telah memberi manfaat kepada lebih 20 juta ahli isi rumah dan lebih 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.

Berita berkaitan
Kegagalan epik timbalan menteri, model ekonomi syok sendiri
September 22, 2023· Rencana
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Rakyat sedang susah, tak sesuai perkenalkan semula cukai GST: Tun Faisal
September 14, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok