Implan- cantik tetapi berbahaya

October 11, 2021 · Isu semasa

Implan adalah sebatian polimer berasaskan getah. Implan bertujuan untuk kosmetik atau pemulihan imej akibat kanser. Tidak hairanlah pembedahan implan menjadi trend di Barat untuk menonjolkan aset kecantikan badan seperti payu dara dan punggung. Di Amerika Syarikat, semakin ramai remaja dilaporkan mahukan implan payudara sebagai hadiah hari jadi.

Namun, tahukah anda tiga peratus wanita yang melakukan pembedahan implan silikon mengalami kebocoran implan dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Pakar Estetik dan Antipenuaan, Dr. Alice Prethima, kebanyakan pembedahan implan silikon menyebabkan payudara berlekuk di bahagian atas, menghasilkan bentuk yang tidak asli.

Lebih teruk lagi, ia berisiko tinggi mengakibatkan kontraksi kapsular, iaitu reaksi tidak normal tubuh terhadap benda asing.

Ia juga menyebabkan implan pecah atau pemindahan implan yang perlu dilakukan berulang kali.

“Saya paling risau apabila ada yang mengatakan mereka mendapatkan pembedahan implan silikon pada harga bawah RM300.

“Ia tentunya satu pembedahan yang bakal memberi masalah kerana pembedahan kecantikan seperti ini lazimnya melibatkan kos yang tinggi, sekurang-kurangnya RM7,000,” ujarnya.

Jangan ambil mudah

Justeru, Dr. Alice menasihatkan orang ramai supaya jangan ambil mudah apabila ia melibatkan anggota badan seperti payu dara.

Menurut Alice, rawatan menambah baik payu dara antara yang paling tinggi permintaannya di Malaysia.

Namun beliau memberitahu kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan untuk mencantikkan payudara khusus untuk membesarkannya ialah orang asing.

“Orang Malaysia sangat penyabar. Mereka hanya datang untuk mendapatkan rawatan seperti ini apabila keadaan benar-benar serius.

“Contohnya apabila payu dara mereka tidak menepati saiz tubuh seperti terlalu besar atau berat untuk tubuh yang kecil sehingga boleh menjejaskan kesihatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Alice berpendapat, rawatan kecantikan sepatutnya memberi hasil yang hampir menyamai kecantikan semula jadi termasuk dalam pembedahan implan payudara.

“Ia bukan sekadar tentang membesarkan atau mengecilkan payudara. Sebaliknya ia juga tentang memiliki payu yang lembut, penuh dan berbentuk semula jadi,” jelasnya.

Selain implan silikon, katanya, implan saline (menggunakan air atau larutan bergaram menggantikan silikon) turut digunakan.

Tambah beliau, implan jenis ini turut memberi kesan buruk termasuk bunyi implan seperti air yang mungkin boleh didengar dan risiko pecah.

Justeru, Dr. Alice memperkenalkan alternatif yang lebih sihat berbanding silikon iaitu suntikan hyaluron, sejenis polisakarida dan lemak yang wujud secara semula jadi di bawah permukaan kulit manusia. Namun, ia tidak boleh membesarkan payudara dengan kadar segera seperti implan.

Berita berkaitan
Melawan kanser payudara
November 27, 2021· Isu semasa
Payudara bengkak selepas suntikan Pfizer, bukan membesar: Laporan
July 30, 2021· Dunia
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok