Impak positif vaksinasi, tren penurunan kemasukan ICU bagi warga emas

August 8, 2021 · Isu semasa

Pemberian vaksinasi kepada warga emas semasa fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menampakkan impak positif apabila mencatat tren penurunan sejak tempoh enam minggu lalu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata program tersebut yang bermula sejak 19 April 2021 berjaya melindungi warga emas yang dilihat kumpulan berisiko tinggi sekiranya dijangkiti virus membunuh tersebut.

“Dalam tempoh enam minggu kebelakangan ini, terdapat trend penurunan kadar kemasukan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.
“Situasi ini menunjukkan pemberian vaksin kepada kumpulan warga emas di fasa 2 PICK yang dilaksanakan sejak 19 April 2021 telah mula menghasilkan impak yang positif dalam konteks kesihatan,” kata beliau semasa pengumuman khas yang disiar secara langsung hari ini.

Selain itu, program tersebut juga berjaya melindungi petugas barisan hadapan daripada jangkitan Covid-19 dan strategi mengutamakan kumpulan penting tersebut yang bertungkus-lumus melawan penularan Covid-19 juga membuahkan hasil.

“Begitu juga bagi petugas-petugas KKM yang telah menerima vaksin Covid-19 sejak PICK dimulakan pada 24 Februari 2021.

“Seramai 246,242 petugas telah menerima vaksinasi lengkap dan didapati hanya 4,635 (1.88%) dijangkiti Covid-19. Daripada jumlah kes positif tersebut, 4,625 (99.78%) hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Manakala hanya 7 kes (0.15%) adalah kategori 3 dan 3 kes (0.06%) adalah kategori 4. Tiada dalam kalangan mereka yang mengalami jangkitan Covid-19 kategori 5 yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya lagi.

Jelasnya, vaksin lengkap dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan Covid-19 dan mengelakkan diri daripada gejala jangkitan yang lebih teruk.

“Penerima vaksin lengkap dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan virus Covid-19 dan melindungi diri daripada mendapat gejala jangkitan yang lebih teruk, serta mampu mengurangkan kadar kebolehjangkitan kes positif COVID-19 sebanyak 50 peratus,” ujarnya.

Berhubung kelonggaran yang diberikan, Muhyiddin menggesa supaya orang ramai mematuhi garis panduan yang ditetapkan supaya kemudahan-kemudahan tersebut tidak ditarik balik sekiranya kes jangkitan semakin meningkat semula.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan-kemudahan yang telah diberikan sekiranya berlakunya ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta SOP-SOP yang telah ditetapkan,” tegas Muhyiddin.

Berita berkaitan
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
19 jam lalu· Politik
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
2 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
1 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok