Imigresen nafi dakwaan Suhakam depot tahanan sesak, kurang petugas

April 26, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen menafikan dakwaan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bahawa Depot Imigresen di Lenggeng, Negeri Sembilan sesak dan tiga depot lain kekurangan petugas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata jumlah kapasiti tahanan di semua 21 depot Imigresen seluruh Malaysia termasuk tiga depot Imigresen sementara adalah 21,150 orang, sedangkan jumlah tahanan di semua depot tersebut adalah kira-kira 17,000 orang sehingga 24 April.

Katanya ia terdiri daripada 12,895 lelaki, 3,211 perempuan, 851 kanak-kanak lelaki dan 677 kanak-kanak perempuan dengan kesemua kanak-kanak ditempatkan bersama penjaga mereka, lapor Bernama.

“Jumlah kapasiti tahanan di Depot Imigresen Lenggeng Negeri Sembilan adalah seramai 1,000 orang iaitu 800 lelaki dan 200 perempuan.

“Sehingga 24 April tahun ini, jumlah tahanan di Depot Imigresen Lenggeng adalah seramai 779 orang terdiri daripada 583 lelaki, 173 perempuan, 15 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata dari segi perjawatan, jabatan itu telah mengkaji keperluan perjawatan bagi semua depot pada tahun 2019 dengan mengambil kira keperluan sebenar pegawai dan telah dipersetujui oleh agensi pusat termasuk tambahan jawatan di empat pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah selepas pengambilalihan daripada Majlis Keselamatan Negara.

Katanya Imigresen sedang membuat pengisian kekosongan jawatan termasuk di depot-depot tahanan secara berterusan.

Beliau berkata demikian susulan laporan media tempatan hari ini berhubung kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal yang mendakwa keadaan Depot Imigresen Lenggeng di Negeri Sembilan sesak dengan tahanan, manakala tiga depot lain kekurangan petugas.

Khairul Dzaimee berkata pihaknya mengambil serius kenyataan tersebut yang disifatkan tidak berasaskan fakta dan tidak memberikan gambaran sebenar mengenai situasi semasa pengurusan depot-depot Imigresen di seluruh negara.

“Di dalam pengurusan Depot Imigresen, Imigresen sentiasa mematuhi ketetapan di dalam Peraturan Minimum Standard Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Tahanan (The Nelson Mandela Rules), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Peraturan-peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot 2003), Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Depot Imigresen dan garis panduan ICRC ( Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) untuk aspek kesihatan, ” katanya.

Berita berkaitan
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023· Isu semasa
JPM umum peletakan jawatan Pengerusi Suhakam sebelum tamat tempoh kontrak
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
23 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
23 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok