Imigresen kutip RM3.5 bilion bagi hasil negara setakat 30 Ogos

September 4, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengutip RM3.5 bilion bagi hasil negara setakat 30 Ogos lepas berbanding RM2.5 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Bercakap pada sidang media selepas menyertai Immigration Run 2022 di sini hari ini, beliau berkata hasil tersebut berjaya dicapai sebelum hujung tahun ini susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas, lapor Bernama.

Katanya levi pekerja asing menyumbang kutipan terbesar kepada jabatan itu dengan kemasukan 1.35 juta pekerja asing ke negara ini, diikuti pengeluaran serta pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa dan kompaun yang dikenakan kepada individu yang melanggar undang-undang ditetapkan JIM.

“Pembukaan semula sempadan negara telah percepatkan JIM capai sasaran kutipan daripada jangkaan asal bagi sepanjang 2022. Ini kutipan hingga Ogos lepas, jadi (kutipan) untuk bulan akan datang (September hingga Disember) akan menjadi bonus.

“Dengan prestasi yang agak baik ini, saya harap Kementerian Kewangan boleh beri sedikit bonus kepada kakitangan JIM,” katanya.

Susulan prestasi kutipan itu, beliau tidak menolak kemungkinan JIM mampu mencapai kutipan RM4 bilion menjelang hujung tahun ini dengan pengenalan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia.

PVIP dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Khamis lepas yang bertujuan menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun, dan akan dibuka untuk permohonan mulai 1 Okt ini.

Dalam perkembangan lain, Khairul Dzaimee berkata pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan pada 7 Ogos lepas bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehingga kini, katanya pegawai Imigresen KLIA telah memberikan kenyataan dan maklumat tambahan kepada jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bagi menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku pada 3 Ogos lepas.

“Tidak banyak maklumat yang boleh saya berikan cuma apa yang saya boleh maklumkan adalah pegawai saya telah selesai memberikan keterangan dan bekalkan maklumat berkaitan kepada jawatankuasa berkenaan,” katanya.

Pada 3 Ogos lepas, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA didakwa dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan.

Susulan dakwaan itu, Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman bagi menyiasat insiden terbabit yang melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Berita berkaitan
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Rasuah visa RM100 juta : SPRM tahan pegawai pesuruhjaya tinggi, pengarah
July 28, 2023· Isu semasa
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok