IMF semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 5.1 peratus

July 27, 2022 · Isu semasa

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ke tahun bagi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2022 daripada 5.6 peratus sebelum ini, menurut Kemas Kini Prospek Ekonomi Dunia Julai 2022 IMF (diterbitkan pada 26 Julai).

Bagaimanapun, unjuran terkini IMF itu lebih rendah daripada unjuran julat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Bank Negara Malaysia sebanyak 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022, lapor Bernama.

Menurut IMF, risiko terhadap prospek ekonomi global amat cenderung kepada penurunan.

“Faktor seperti perang di Ukraine boleh membawa kepada pemberhentian serta-merta import gas Eropah dari Rusia manakala inflasi boleh menjadi lebih sukar untuk diturunkan daripada jangkaan sama ada jika pasaran buruh lebih terhad daripada jangkaan atau jangkaan inflasi tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Keadaan kewangan global yang lebih terhad boleh menyebabkan tekanan hutang dalam pasaran sedang pesat membangun dan negara-negara membangun; penularan baharu COVID-19 dan sekatan pergerakan serta peningkatan krisis sektor hartanah, boleh terus menyekat pertumbuhan China dan perpecahan geopolitik, boleh menghalang perdagangan dan kerjasama global,” katanya.

Menurut IMF, dengan peningkatan harga yang terus menjejaskan taraf hidup di seluruh dunia, menurunkan inflasi perlu menjadi keutamaan pertama bagi penggubal dasar.

“Dasar monetari yang lebih ketat akan mempunyai kos ekonomi sebenar, tetapi kelewatan hanya akan memburukkannya.

“Bagaimanapun, keadaan monetari yang lebih ketat juga akan menjejaskan kestabilan kewangan, memerlukan penggunaan kaedah kehematan makro dan membuat pembaharuan kepada rangka kerja penyelesaian hutang yang lebih diperlukan,” katanya.

IMF mencadangkan sokongan fiskal bersasar dapat membantu mengurangkan impak terhadap mereka yang paling mudah terjejas tetapi dengan bajet kerajaan yang terhad berikutan pandemik dan keperluan kepada pendirian dasar makroekonomi disinflasi secara keseluruhan, dasar tersebut perlu diimbangi oleh peningkatan cukai atau perbelanjaan kerajaan yang lebih rendah.

“Oleh itu, dasar untuk menangani impak tertentu terhadap tenaga dan harga makanan perlu memberi tumpuan kepada mereka yang paling terjejas tanpa mengganggu harga,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
2 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
2 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok