Imam satu panik rempuh imam dua

November 12, 2021 · Isu semasa

Seorang pesara guru Hatim Arshad, 78 tahun yang juga imam dua Surau Al Hidayah Taman Bukit Kajang, Kajang, meninggal dunia, setelah parah dilanggar kereta dipandu imam satu surau itu pagi semalam.

Seorang lagi jemaah surau berkenaan turut cedera dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi selepas solat Subuh di perkarangan surau berkenaan.

Imam pertama dilaporkan tertekan pedal minyak dan melanggar Hatim yang ketika itu sedang berjalan dengan seorang lagi jemaah di perkarangan surau selepas menunaikan solat Subuh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata imam pertama berusia 76 tahun yang memandu Perodua Myvi mengundurkan keretanya dari lot parkir di perkarangan surau sehingga terlanggar sedikit bahagian belakang kenderaan lain.

“Bagaimanapun, imam berkenaan panik lalu menggerakkan kenderaan ke depan sehingga hilang kawalan dan melanggar dua mangsa yang juga pejalan kaki di perkarangan surau.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi jemaah dikenali Muhammad, 76, patah lutut kanan dan pergelangan kaki kiri sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Polis Daerah Kajang memaklumkan seorang lelaki berusia 39 tahun maut setelah jatuh dari buaian funfair di hadapan kawasan lapang berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu dua lelaki dilaporkan jatuh dari buaian berkenaan dan seorang daripadanya maut di tempat kejadian.

“Saksi telah memaklumkan bahawa terdapat satu lelaki dipercayai bangsa India berumur 39 tahun telah jatuh dari buaian permainan funfair dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans dari Hospital Kajang yang hadir di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa turut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak polis masih menyiasat kejadian ini untuk mengetahui punca sebenar kejadian berlaku sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik funfair mahupun mangsa sendiri.

Setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kejadian tersebut.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
8 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
8 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok