Ikut SOP walaupun masjid, surau dibuka untuk Tarawih: PM

April 12, 2021 · Isu semasa

Umat Islam perlu bersyukur kerana kebanyakan masjid dan surau sudah mula dibuka untuk solat Tarawih dan majlis ilmu sepanjang Ramadan tahun ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, berbeza dengan Ramadan tahun lalu di mana umat Islam banyak melakukan ibadah di rumah sahaja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

“Pada tahun ini kita rasa bersyukur kerana kebanyakan masjid dan surau sudah mula dibuka untuk solat fardu, solat Jumaat, solat Tarawih dan majlis ilmu yang lain.

“Walaupun begitu saya ingin terus berpesan agar kita berdisiplin dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, tidak bersalaman dan kerap menggunakan sanitasi,” katanya dalam ucapan sempena sambutan Ramadan malam ini.

Sambil mengucapkan selamat berpuasa, Muhyiddin berkata, Ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana ia adalah bulan penuh keberkatan dan boleh mendidik manusia menjadi insan bertakwa.

“Semoga Allah mempermudah dan menerima ibadah lain kita sepanjang Ramadan ini, insya-Allah. Selamat Berpuasa,” katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa tahun ini ditetapkan pada esok, 13 April.

Berita berkaitan
Pemakanan sihat sepanjang Ramadan, elak makan berlebihan
April 4, 2022· Isu semasa
Penyampai stesen radio di Tawau mohon maaf selepas siar azan maghrib awal
April 4, 2022· Isu semasa
Tiada sijil halal, hotel dan premis makan dilarang buat iklan bufet Ramadan
April 3, 2022· Isu semasa
Pakatan tentera Saudi henti operasi di Yaman hormati Ramadan
March 30, 2022· Dunia
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok