Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk 6 bulan lagi

March 3, 2023 · Isu semasa

Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Isnin depa, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media hari ini (Jumaat, 3 Mac 2023).

Menurutnya lantikan semula itu adalah untuk tempoh enam bulan dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2023,” katanya.

Idrus sebelum ini adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara dengan kontrak dua tahun bermula 6 Mac 2020.

Beliau kemudian dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 6 Mac tahun lalu untuk tempoh setahun lagi.

Idrus sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan.

Pelantikan beliau sebelum ini bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas, yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020, selepas Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Berita berkaitan
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Lantik ahli politik dalam GLC, Bersih bidas Anwar cakap tak serupa bikin
March 13, 2023· Uncategorized
Lantikan semula AG: Saya tidak terbabit langsung kata Azalina
March 4, 2023· Isu semasa
MP Amanah juga senada dengan desakan PN, pertimbang keluar KWSP
February 25, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok