Idea kreatif MoF guna TikTok ajak belia kongsi idea Bajet 2022

September 7, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MoF) tampil dengan idea lebih kreatif dan segar apabila menjadikan aplikasi TikTok sebagai landasan baharu bagi membolehkan golongan belia menyumbang idea menjelang pembentangan Bajet 2022 yang dijadual 29 Oktober ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi video di aplikasi TikTok berkata orang ramai hanya perlu memuat naik video berdurasi satu minit dengan menggunakan tanda pagar #MyInclusiveBudget dan #Bajet2022.

Katanya selain TikTok mereka juga boleh berkongsi idea menerusi portal MoF sebelum 15 September.

Menurutnya, MoF akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat belia Malaysia bagi menjamin pembentangan Bajet 2022 memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat dan memberi maklum balas selaras dengan dasar dan objektif negara.

Aplikasi TikTok terkenal dengan kandungan yang menyeronokkan dan lebih padat dan popular dalam kalangan golongan muda.

Ini adalah kali pertama MoF menggunakan aplikasi itu bagi tujuan mendapat pandangan dan maklum balas pelbagai pihak dalam kerangka memperkenalkan belanjawan negara supaya mencapai sasaran dikehendaki.

Dalam klip video TikTok itu juga Tengku Zafrul kelihatan tidak kekok beraksi depan kamera ketika mengajak orang ramai berkongsi idea Bajet 2022.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Diskaun PTPTN dihentikan, Menteri KPT kata MOF yang tentukan
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok