Ibu Mufti Perlis meninggal dunia

January 22, 2023 · Isu semasa

Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin kehilangan ibu tercinta, Che Puteh Awang yang menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

Mufti Perlis itu memaklumkan pemergian ibu tercintanya memaklumkan berita sedih tersebut melalui Facebook dan Instagram miliknya kira-kira pada pukul 9 pagi ini.

“Ibu yang saya kasihi, pintu hidup saya dalam dunia ini baru sahaja meninggal dunia.

“Pohon semua mengenali beliau memaafkan kesalahannya jika ada. Pohon semua yang mengenali saya berdoa keampunan untuk ibu saya,” katanya dalam status Facebook hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca sebenar ibunya meninggal dunia.

Difahamkan, jenazah ibu Mohd. Asri akan disolatkan selepas Asar di kediaman beliau di Muqim Bilai Udoh, Bukit Keteri, Chuping.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Muqim Bilai Udoh, Bukit Keteri, Chuping.

Pada April tahun lalu, bapa Mohd. Asri meninggal dunia selepas beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital ekoran strok.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli mengutuskan salam takziah kepada seluruh keluarga Mufti Perlis.

“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan atas kembalinya ibu tercinta ke negeri abadi,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Berita berkaitan
SPR tunggu makluman kekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
July 24, 2023· Politik
Salahuddin dikebumi di Pontian tengahari ini
July 24, 2023· Isu semasa
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Tentukan arah kiblat cara tepat petang ini
May 28, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
2 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
24 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok