Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib

July 6, 2022 · Isu semasa

Pihak pendakwaan, bersama Jabatan Peguam Negara (AGC), Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Kuala Lumpur hari ini bersatu untuk menentang permohonan menangguhkan pendengaran hujah membabitkan usaha Datuk Seri Najib Razak untuk melantik Peguam Diraja (QC) Britain bagi mewakilinya.

Ini berlaku selepas salah seorang peguam bela Najib, Harvinderjit Singh merayu supaya perbicaraan hari ini dikosongkan sehingga esok kerana peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sihat dan tidak dapat hadir ke mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ahmad Kamal Md Shahid kemudiannya memutuskan perbicaraan akan diteruskan dan memerintahkan Harvinderjit berhujah bagi pihak Shafee.

Terdahulu, Harvinderjit berkata Shafee menghidap laringitis dan perlu berehat, sebelum menunjukkan peguam kanan itu telah diberi cuti perubatan dari 4 hingga 10 Julai.

“Saya mohon maaf atas perkara ini. Dia mahu berada di sini tetapi dia masih tidak sihat… bukannya kami sengaja melengahkan perkara ini.

“Apa yang saya minta, dia diberi masa untuk berehat dan permohonan ini didengari esok. Kami akan berada di sini esok,” katanya.

Terdahulu, Datuk V Sithambaram yang mengetuai pihak pendakwaan bersama tiga pihak lain membantah sekeras-kerasnya permohonan Harvinderjit supaya perbicaraan hari ini dikosongkan.

Sithambaram berkata semua pihak sebelum ini bersetuju permohonan itu didengar hari ini memandangkan Shafee mahu pergi ke luar negara mulai Jumaat.

“Saya telah mengatakan kami perlu menetapkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum dia pergi, kerana saya menjangkakan perkara ini akan berlaku.

“Saya meramalkan bahawa perkara ini akan berlaku dan ia (sememangnya) berlaku. Kita perlu membawa ini kepada kesimpulan,” katanya menurut NST.

Sementara itu, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Badan Peguam Kuala Lumpur berkata adalah tidak sopan pemohon meminta penangguhan perbicaraan hari ini pada saat-saat akhir.

Beliau berkata pemohon terlebih dahulu meminta semua orang di mahkamah menunggu kerana mereka menyatakan Shafee akan hadir pada jam 10 pagi dan kemudiannya berkata dia tidak dapat hadir dan perbicaraan harus ditangguhkan sehingga esok.

“Saya rasa ini sangat tidak sopan,” katanya.

Wakil Peguam Malaysia Datuk Bastian Vendargon dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dari AGC sebelum ini turut bersetuju dengan bantahan Sithambaram terhadap sebarang percubaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini

Hakim Kamal kemudian memutuskan bahawa perbicaraan perlu diteruskan selepas bersetuju dengan responden bahawa terdapat peguam lain, termasuk Harvinderjit, yang mampu berhujah bagi pihak Shafee.

Kamal berkata, beliau bersimpati dengan keadaan kesihatan Shafee tetapi tarikh hari ini telah ditetapkan dengan persetujuan semua pihak.

Beliau juga menegaskan bahawa permohonan itu perlu didengar kerana Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Najib mulai 15 Ogos dan seterusnya.

Najib memohon QC Jonathan Laidlaw mewakilinya dalam rayuan terakhirnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan tetapi ini dibantah oleh pihak pendakwaan bersama tiga pihak lain.

Najib didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bekas perdana menteri itu telah merayu sabitan dan hukumannya di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Disember tahun lepas, tetapi membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan terakhirnya.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok