i-Citra desakan BN dakwa Zahid, tapi kerajaan baharu tak layan one-off salahkan PN

February 27, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dibuat atas desakan Barisan Nasional (BN).

Namun, hari ini PN menolak permintaan rakyat untuk pengeluaran one-off RM10,000 KWSP dengan mendakwa rakyat tidak bijak berfikir mengenai masa depan mereka, katanya semalam.

“Penyokong-penyokongnya lebih teruk menuduh konon rakyat mahu wang KWSP untuk beli Playstation 5.

“Mujur kerajaan PN akhirnya akur jua disebabkan desakan bersama pimpinan BN, NGO dan rakyat marhain. Dan hari ini mereka berusaha menidakkan permintaan rakyat untuk pengeluaran terakhir wang KWSP atas muslihat tertentu,” katanya.

Namun, tempias dakwaan beliau terkena kepada ‘Kerajaan Keluarga Malaysia’ pimpinan Naib Presiden UMNO sendiri, yang menolak pengeluaran one-off RM10,000 KWSP itu.

Untuk rekod, pada 28 Jun 2021 lalu Kerajaan PN ketika itu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu i-Citra KWSP.

Kemudahan pengeluaran itu dibuat setelah Kerajaan PN tanpa desakan mana-mana pihak menyedari masalah dihadapi rakyat, susulan penularan wabak Covid-19.

Mengikut skim itu, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa, dan berakhir Disember lalu.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, UMNO, termasuk Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya pengeluaran one-off RM10,000 itu dibenarkan, tetapi tidak dilayan kerajaan baharu diterajui UMNO sendiri.

Muhyiddin dalam satu ceramah dua hari lalu berkata beliau terpaksa mengeluarkan berbilion-bilion ringgit bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan akibat pandemik menerusi lapan pakej rangsangan serta kebenaran pengeluaran caruman KWSP.

“Waktu saya singkat tapi tiga kali kebenaran pengeluaran KWSP. Sekarang ini tuan-tuan minta RM10,000 pun dia tak nak keluarkan.

“Bukan salah saya… ada orang di sana… Putrajaya… dia kena jawab. Waktu saya, tak perlu desak, saya buat keputusan beritahu Menteri Kewangan, bincang dengan KWSP dan keluarkan.

“Dia (Menteri Kewangan) kata tak boleh keluar… tapi saya suruh (beri arahan) keluarkan juga,” katanya.

Sementara itu, Zahid menyifatkan tindakan mahkamah yang dikenakan terhadapnya adalah ciptaan Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Malah, katanya istilah Kluster Mahkamah dijaja tanpa henti oleh musuh-musuh BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

“Tetapi perlu fahami merekalah yang menciptakan tindakan mahkamah terhadap pimpinan BN sejurus mereka berkuasa.

“Merekalah yang mengenakan tindakan mahkamah terhadap seteru politik selepas sahaja menang PRU-14. Dan sejurus itu juga mereka ke sana ke sini menjaja pemimpin BN sebagai kluster mahkamah,” katanya.

Zahid yang berdepan puluhan tuduhan jenayah rasuah di dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam, juga menuduh kerajaan PH menjual aset negara dan merosakkan ekonomi selepas PRU-14 sehingga hutang negara mencecah RM1 trilion.

Berita berkaitan
Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
May 28, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Cuba pecahbelahkan PN dengan buat tawaran kepada PAS: Razali
May 28, 2023· Politik
Hadi sahkan ada pihak hubunginya tawar PAS sertai kerajaan campuran
May 27, 2023· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
20 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
13 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok