Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021

February 16, 2023 · Isu semasa

Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat 11.4 peratus menjadikan jumlah hutang keseluruhan kini sebanyak RM979.814 bilion, meningkat RM100.254 bilion.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata kedudukan defisit kerajaan kini berjumlah RM98.740 bilion, dengan nisbah kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus sehingga akhir 2021.

“Kedudukan defisit Kerajaan Persekutuan mengakibatkan peningkatan Hutang Persekutuan sebanyak RM100.254 bilion atau 11.4 peratus kepada RM979.814 bilion.

“KDNK tahun 2021 pula mengembang sebanyak sembilan peratus kepada RM1,545.372 bilion. Perkara berkenaan menjadikan nisbah Hutang Persekutuan kepada KDNK adalah sebanyak 63.4 peratus,” katanya dalam kenyataan Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2021.

Beliau berkata, Statutori Hutang Persekutuan terdiri daripada Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Sukuk Prihatin yang berjumlah RM922.484 bilion adalah pada nisbah 59.7 peratus berbanding KDNK.

“Nisbah berkenaan tidak melebihi had statutori hutang yang dibenarkan iaitu 65 peratus kepada KDNK.

“Liabiliti Kewangan yang terdiri daripada Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta (Liabiliti PFI), Komitmen Kewangan dan Pelbagai Liabiliti adalah berjumlah RM318.001 bilion,” katanya.

Katanya, perkara itu menjadikan Liabiliti Persekutuan (Hutang Persekutuan dan Liabiliti Kewangan) berjumlah RM1.298 trilion, iaitu 84 peratus kepada KDNK.

Beliau berkata, dana Kerajaan Persekutuan terdiri daripada hasil, pinjaman dalam dan luar negeri, bantuan luar negeri serta terimaan lain.

“Dana berkenaan digunakan bagi membiayai perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan, perbelanjaan COVID-19, bayaran balik pinjaman dan perbelanjaan lain.

“Terimaan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM234.744 bilion yang terdiri daripada terimaan hasil, berjumlah RM233.752 bilion dan pelbagai terimaan berjumlah RM0.992 bilion,” katanya.

Katanya, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM333.484 bilion, yang terdiri daripada perbelanjaan mengurus berjumlah RM231.516 bilion, perbelanjaan pembangunan (RM64.257 bilion) dan perbelanjaan Covid-19 sebanyak RM37.711 bilion pada 2021.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Serangan siber melibatkan perniagaan meningkat di Malaysia: Kaspersky
April 26, 2023
Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman
May 17, 2023
Aliran trafik ke ibu kota masih sesak
May 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok