Hutang isi rumah turun sedikit tetapi masih tinggi: MOF

March 21, 2022 · Isu semasa

Walaupun peratusan hutang isi rumah turun pada akhir pada akhir Disember 2021 kepada 89 peratus berbanding Disember 2020 93.2 peratus, namun ia masih dianggap tinggi.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata peratusan hutang isi rumah yang tinggi dicatatkan semasa penularan Covid-19 yang tinggi, tetapi selepas keadaan kembali reda peratusan hutang tersebut masih tinggi.

“Kalau kita lihat pada 2017, peratusan hutang isi rumah mencatatkan 82.6 peratus, 2018 (82 peratus), 2019 (82.7 peratus) dan pada akhir Disember 2020 hutang meningkat kepada 93.2 peratus tetapi akhir Disember 2021 nisbah hutang turun 89 peratus.

“Namun, peratusan ini sebenarnya masih lebih tinggi berbanding nisbah dalam tempoh sebelum pandemik disebabkan purata pertumbuhan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal pada 2020 dan 2021 yang mencatatkan 1.3 peratus, yang menurun mendadak sebanyak 5.3 peratus berbanding tempoh 2017, 2018 dan 2019,” kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi mengatasi hutang isi rumah, Shahar berkata beberapa inisiatif diambil MOF dengan menyediakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan beban orang ramai.

“Kita sediakan garis panduan pembiayaan bertanggungjawab sejak 2012 untuk memastikan individu meminjam mengikut kemampuan dan membayar balik pinjaman masing-masing dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan beban hutang berlebihan.

“Kita juga mengharap dan menggalakkan isi rumah yang mempunyai masalah dengan pengurusan kewangan dan hutang untuk mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Kementerian Kewangan melalui Bank Negara juga sentiasa melakukan program meningkatkan tahap celik kewangan melalui jaringan pendidikan kewangan bagi memastikan rakyat dapat menguruskan kewangan dengan baik,” katanya lagi.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung peratusan hutang isi rumah negara.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok