Hutang 1MDB kini RM32 bilion setakat Jun 2021

October 29, 2021 · Isu semasa

1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Untuk rekod, syarikat pelaburan negara kontroversi itu dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga terpalit dengan pendakwaan di mahkamah melibatkan salahguna kuasa dan penyelewengan.

Bernama melaporkan sejumlah RM12.8 bilion komitmen kewangan dan pembayaran hutang 1MDB telah dilunaskan oleh kerajaan atau Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menerusi pinjaman dan pendahuluan setakat September lepas yang mencecah hampir RM10 bilion selain penggunaan Akaun Amanah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, baki terkumpul Akaun Amanah selepas mengambil kira pendapatan simpanan (hibah) adalah berjumlah RM15.3 bilion dan mampu membiayai obligasi 1MDB sehingga 2022.

Obligasi keseluruhan 1MDB berjumlah RM39.3 bilion merangkumi prinsipal sebanyak RM32.2 bilion dan faedah atau bayaran keuntungan atas pembiayaan (RM7.1 bilion).

1MDB ditubuhkan sebagai sebuah syarikat MKD pada 2009 bagi memacu pembangunan strategik negara, namun kebergantungan tinggi ke atas modal hutang serta tadbir urus korporat yang lemah menyebabkan syarikat tersebut mengalami masalah aliran tunai bermula akhir 2014 dan seterusnya memerlukan bantuan kerajaan.

“Aset berkaitan 1MDB bernilai RM18.2 bilion telah disita atau diperoleh semula dan diletakkan dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset di bawah kawalan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Antara aset yang diperoleh kembali termasuk sitaan aset fizikal serta bayaran penyelesaian oleh pihak yang terbabit dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, terimaan penyelesaian daripada institusi kewangan dan pihak lain seperti firma audit serta terimaan tunai daripada individu dan syarikat,” katanya.

Menurut laporan itu, selain bayaran penyelesaian kepada kerajaan, mantan pengatur terbitan bon bagi pihak 1MDB iaitu Goldman Sachs akan membantu dan memberi jaminan untuk mendapatkan semula aset bernilai sekurang-kurangnya US$1.4 bilion.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok