Hulu Langat, Klang paling berisiko banjir di Selangor mulai esok

November 6, 2022 · Isu semasa

Daerah Hulu Langat dan Klang di Selangor menjadi lokasi panas banjir ketika musim tengkujuh, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menyusul amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, terdapat 23 lokasi panas risiko banjir di kedua-dua daerah itu ketika Monsun Timur Laut.

Khamis lalu, MetMalaysia mengeluarkan amaran bahawa Monsun Timur Laut akan melanda negara lebih awal daripada jangkaan iaitu bermula esok, 7 November dan berterusan sehingga kira-kira Mac tahun depan.

Kira-kira empat hingga enam episod hujan monsun, yang akan membawa hujan lebat berterusan, dijangka berlaku sepanjang tempoh ini.

“Seperti musim tengkujuh sebelum ini, hujan lebat berterusan walaupun beberapa hari telah diketahui menyebabkan bencana banjir di kawasan rendah dan kawasan berhampiran sungai. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar, maka risiko banjir pasti akan meningkat,” kata MetMalaysia memberi amaran.

MetMalaysia juga meramalkan penomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh 6 hingga 11 November; 22 hingga 27 November; 7 hingga 12 Disember; 22 hingga 26 Disember; serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Mengulas lanjut Norazam berkata Sabak Bernam dan Hulu Selangor dikategorikan sebagai kurang risiko manakala Kuala Selangor, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang adalah risiko sederhana.

“Daerah Hulu Langat dan Klang telah diletakkan sebagai berisiko banjir iaitu terdapat 113 kawasan berisiko dan 23 lokasi hotspot banjir. Sebanyak 249 pusat pemindahan sementara (PPS) akan ditetapkan di dua daerah ini iaitu 188 di Klang dan 61 di Hulu Langat,” katanya menurut Sinar.

Norazam berkata, JBPM Selangor turut bersedia dengan 72 bot pelbagai jenis termasuklah bot fiber dan bot aluminium selain bot penyelamat.

Katanya, seramai 1,742 anggota Bomba Selangor akan ditempatkan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut ini, termasuk 4,130 anggota bomba komuniti serta 700 anggota bomba sukarela.

Menurutnya, orang awam diminta untuk segera memberi info dan maklumat penting kepada agensi keselamatan berkenaan sebarang keadaan banjir dan kawasan berisiko.

“Ibu bapa juga diingatkan untuk memantau anak terutamanya sekiranya situasi mula berbahaya. Segera berpindah ke PPS selepas keadaan tidak selamat,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok