Hukuman penjara 14 bulan terhadap suri rumah curi Milo diketepikan

July 19, 2022 · Isu semasa

Seorang suri rumah yang dijatuhi hukuman penjara 14 bulan kerana mencuri dua peket Milo sebelum ini boleh menarik nafas lega apabila sabitan terhadapnya diketepikan.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat keputusan mengenepikan sabitan hukuman yang dijatuhkan terhadap Suhaini Mohd, 43, pada 5 Julai lalu oleh Mahkamah Majistret Marang.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan mengenepikan sabitan kes tersebut selepas hujahan pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh serta mengarahkan kes tersebut disebut semula di Mahkamah Majistret Marang pada hari yang sama.

Peguambela, Naran berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa kecacatan dalam prosiding kes itu sebelum ini.

“Pertama, kesalahan lampau yang dikemukakan adalah tidak sah dari segi undang-undang dan kedua, ada ekshibit mereka (pihak pendakwaan) kemukakan tidak seharusnya dikemukakan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Semasa dibicarakan semula di Mahkamah Majistret Marang hari ini, Suhaini membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan semula kes berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Sejurus pengakuan tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 6 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selain hukuman kerana mencuri dua peket Milo, hukuman penjara selama 18 bulan atas dua kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah yang dihadapi tertuduh turut ditangguhkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Suhaini sebelum ini dijatuhi hukuman penjara Mahkamah Majistret Marang setelah mengaku salah mencuri dua peket Milo pada Mei lalu.

Suhaini yang beralamat di Kampung Kuala Abang, Dungun didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Mei lalu di sebuah pasar raya di Marang.

Tertuduh sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan sama iaitu dua kes pada tahun 2019 dan satu kes pada tahun lalu.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok