Hukuman mati ada tapi bukan lagi mandatori, ulang Perdana Menteri

June 12, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa hukuman mati bukan lagi dijadikan mandatori, sebaliknya mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk mengenakan hukuman pilihan.

Menurutnya mesyuarat Kabinet minggu lalu bersetuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman gantian dikenakan mengikut budi bicara mahkamah.

“Saya ingin tegaskan bahawa hukuman mati tetap ada cuma bukan lagi mandatori untuk memberi pilihan kepada hakim menggunakan budi bicara masing-masing dalam mengenakan hukuman,” katanya hari ini.

Menerusi kenyataan dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata setiap manusia itu perlu diberi peluang kedua untuk hidup.

“Jadi hakim ada dua pilihan. Kalau dia rasakan orang itu memang penjenayah tegar… memang mengedar dadah yang menyebabkan beratus ribu orang mati, dia (penjenayah) dihukum mati… boleh… dia (hakim) dibenar untuk menjatuhkan hukuman mati.

“Tetapi kalau dia rasa dari segi budi bicaranya dia kata nak beri hukuman (penjara) seumur hidup dengan sebat sekali, jadi dia boleh pinda hukuman mandatori itu kepada hukuman yang lebih ringan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan memberi peluang kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman mati berkenaan.

“Kita mendengar laporan baru ini, dan kita pada dasarnya bersetuju tentang perkara tersebut, cuma ada beberapa pandangan daripada menteri undang-undang kita dan sebagainya supaya lebih diperkemaskan lagi.

“Kita bersetujulah supaya diberikan pilihan… hukuman pilihan. Hukuman mati pun boleh atau kalau dia rasakan perlu hukuman lain, seumur hidup… sebat dan sebagainya… jadi diberikan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara,” katanya.

Berita berkaitan
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
7 jam lalu· Politik
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
8 jam lalu· Politik
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu· Isu semasa
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
9 jam lalu· Politik
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
7 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
9 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
9 jam lalu · Isu semasa
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok