Hukuman ganti 11 kesalahan dihukum mati sudah dipersetujui

September 13, 2022 · Isu semasa

Kerajaan telah memuktamadkan keputusan dasar berhubung pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai dalam dua siri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Cadangan Balas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dipengerusikannya pada pada 6 Sept lepas dan hari ini.

“Kerajaan secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan hukuman gantian bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah serta moratorium pelaksanaan hukuman mati bagi 1,337 banduan,” katanya.

Katanya susulan keputusan itu, satu Memorandum Jemaah Menteri akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan, sebelum pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi pindaan akta-akta terlibat dilaksanakan dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas.

“Bacaan pertama bagi RUU itu dijangka pada 4 Oktober dan bacaan kedua pada 22 November, tertakluk kepada perubahan jadual dari semasa ke semasa,” katanya.

Wan Junaidi berkata kerajaan juga akan mengadakan sesi libat urus bersama wakil Ahli Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membentangkan penetapan dasar berkaitan pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memperjuangkan undang-undang yang lebih adil dan penuh belas kasihan dalam isu sebatan serta pelaksanaan hukuman mati,” katanya.

Berita berkaitan
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Hukuman akan diambil terhadap MP Bersatu sokong Anwar
November 10, 2023· Politik
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok