Hujan, ribut petir sekarang perkara biasa di Pantai Barat: MetMalaysia

April 14, 2021 · Isu semasa

 

Hujan lebat dan ribut petir yang melanda di kebanyakan kawasan Pantai Barat Semenanjung ketika ini bukan perkara luar biasa atau cuaca ekstrem, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon.

Katanya, keadaan cuaca itu berikutan negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang kebiasaannya menyebabkan hujan lebat atau ribut petir untuk waktu singkat, pada waktu petang dan awal malam.

“Setiap tahun perkara (ribut petir) ini berlaku sebenarnya dan selain kilat, ia kadangkala membawa angin kencang sehingga boleh merosakkan struktur bangunan atau pokok tumbang dan sebagainya.

“Agak sukar untuk kami mengatakan cuaca sekarang semakin ekstrem…ini kerana ribut petir sebagaimana yang berlaku semalam (di Kuala Lumpur) pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Kenyataan beliau disiarkan Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota semalam, susulan hujan lebat dan ribut petir berterusan sejak 4.30 petang.

Banjir kilat itu menyebabkan kenderaan ditenggelami air serta kesesakan lalu lintas, malah di media sosial juga, orang awam turut berkongsi visual kesan kerosakan harta benda selain struktur bangunan, termasuk gerai khemah peniaga bazar Ramadan roboh dan cermin bangunan pecah akibat dibadai ribut.

Jailan berkata, dalam keadaan ribut petir, angin kencang boleh mencapai kelajuan melebihi 100 kilometer per jam (km/j) yang boleh menyebabkan pokok tumbang serta kerosakan pada struktur bangunan.

Beliau berkata MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca tersebut akan berterusan untuk tempoh beberapa hari akan datang dan pada minggu hadapan, situasi cuaca itu dijangka berkurangan.

“Pada minggu depan, keadaan ini mungkin berkurangan apabila angin mula berubah, namun orang ramai termasuk peniaga serta pengunjung di bazar Ramadan dinasihat untuk lebih berhati-hati dan memantau keadaan cuaca,” katanya.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca jangka panjang MetMalaysia pada 30 Mac lepas, fasa peralihan monsun bermula pada 16 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021 yang menandakan berakhirnya fasa Monsun Timur Laut sejak 11 Nov lepas.

Dalam tempoh itu, Malaysia menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan pembentukan ribut petir yang lazimnya melanda negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Keadaan cuaca tersebut berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok