Hujan, ribut petir di beberapa negeri sehingga Rabu: Lapor MetMalaysia

July 11, 2022 · Isu semasa

Satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 10 hingga 13 Julai yang berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu boleh mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Labuan hingga 12 Julai dan negeri-negeri utara Semenanjung mulai esok (11 Julai) hingga 13 Julai.

Menurut kenyataan itu, sistem cuaca tekanan rendah berkenaan dikesan berdasarkan analisis model Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua dan ketiga) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa hingga 15 Julai,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – Bernama

Berita berkaitan
Gempa bumi sederhana dikesan di Selatan Sumatera
July 20, 2022· Isu semasa
100 buah rumah rosak dipukul ribut di Perlis
July 13, 2022· Isu semasa
Amaran ribut petir beberapa kawasan di Kedah, pasukan penyelamat siap-sedia
July 12, 2022· Isu semasa
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022· Dunia
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
31 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
35 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
44 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok