Hujan lebat dan ribut petir diramal sehingga Jumaat

October 5, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca buruk akan dihadapi kebanyakan negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak bermula hari ini sehingga Jumaat.

Menerusi notis jadual ramalan cuaca dikeluarkan MetMalaysia, dijangka hujan lebat dan ribut petir akan turun sehingga Jumaat dan menasihati orang ramai sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

Ramalan cuaca buruk ini dikeluarkan pada ketika spekulasi pembubaran Parlimen semakin kuat bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Mengikut ramalan hari ini, beberapa tempat di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak akan dilanda ribut petir serta hujan pagi ini.

Pada sebelah petang, cuaca sama diramal berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Putrajaya, Johor, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Malam pula, ribut petir dijangka di beberapa tempat di Labuan. Kebanyakan negeri diramal hujan membabitkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Putrajaya, Sarawak serta Sabah.

Pada keesokan hari, cuaca pada sebelah pagi di beberapa negeri diramal hujan merangkumi beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor termasuk Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun, cuaca sebelah petang diramal akan dilanda ribut petir membabitikan beberapa kawasan Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Cuaca pada waktu malam, MetMalaysia meramalkan ribut petir akan berlarutan di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Labuan. Kebanyakan negeri lain akan hujan tetapi hanya di beberapa tempat.

Pada Jumaat ini, sebelah pagi akan hujan di sebahagian besar negeri seluruh negara membabitkansatu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri, Sembilan dan Sabah.

Petang pula, ribut petir akan kembali melanda beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Ribut petir dan hujan dijangka akan berlarutan sehingga malam membabitkan kebanyakan negeri.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
5 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
5 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok