Hujan: Jawatankuasa pengurusan bencana tiga negeri diminta bersedia

December 25, 2021 · Isu semasa

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, Sabah dan Sarawak diminta bersiap sedia dan membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bermula hari ini, susulan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkaitan hujan lebat berterusan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata PKOB negeri telah diarah mengemukakan laporan bagi kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut.

Menurutnya berdasarkan analisis situasi, METMalaysia menjangkakan luruan monsun pada 27 hingga 31 Disember ini dan pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sabah Timur, Sarawak Barat pada 27 Disember hingga 31 Disember serta di kawasan-kawasan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 dan 31 Disember. Ini adalah titik persiapan untuk kita terus menyusun responder dalam melihat keadaan ini.

“JPS melaporkan kebanyakan sungai di Pahang berada pada tahap normal kecuali di hilir, khususnya di kawasan Bera dan Maran yang masih mencatatkan paras tinggi, namun berada pada trend menurun kerana air bergerak turun,” katanya pada sidang media harian Ops Murni di Shah Alam, hari ini.

JBPN negeri terbabit juga turut diminta memaklumkan kepada semua agensi-agensi responder untuk berada dalam keadaan siap siaga termasuklah persediaan dalam pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) dan penyelarasan bantuan dari badan bukan kerajaan (NGO).

“NADMA telah dan sedang menyelaras bantuan-bantuan logistik yang diperlukan, antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda di Shah Alam dan Mentakab, Pahang,” katanya.

Menurutnya, di Pekan, paras air dilaporkan naik di Paloh Hinai dan boleh meningkat ke paras bahaya sekiranya air dari hulu tiba, manakala di Terengganu, paras air sungai berada pada tahap normal dan Kelantan hanya merekodkan satu lokasi masih berada pada paras amaran, iaitu di Rantau Panjang berikutan banjir genang.

“Di Selangor, semua sungai kembali kepada paras waspada tengah hari tadi dan pengoperasian pam sebanyak 22 unit masih diteruskan untuk mengeluarkan air dari kawasan banjir genang, khususnya di Sepang, Labu Lanjut dan Kuala Selangor,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok