Hujah ‘potong, tampal’ tandatangan untuk alih perhatian

April 20, 2021 · Isu semasa

Hujah pembelaan bahawa dua pengarah SRC International Sdn Bhd telah menggunakan tandatangan palsu atau ‘potong dan menampalnya’ untuk memasukkan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan menjadi isu dalam kes membabitkan bekas perdana menteri itu, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berkata sekiranya terdapat pertikaian mengenainya, perkara itu adalah antara syarikat dan bank, bukan Najib.

“Pihak pembelaan hanya mencampuri urusan orang lain. Najib tidak mempunyai priviti kontrak dengan bank. Isu pemalsuan atau imbas tanpa kebenaran serta pemindahan elektronik adalah bukan permulaan, terutamanya kerana kesalahan pecah amanah.

“Isu yang dibangkitkan pihak pembelaan adalah untuk mengalih tumpuan dan siapa yang ada keberanian untuk membetulkan Perdana Menteri (Najib) ketika itu.

“Yang Arif, perayu tidak menyaman bank kerana kecuaian atau meminta institusi kewangan itu membayar balik wang itu … tidak ada syarikat yang akan berdiam diri jika tidak ada kebenaran dan pengeluaran wang yang sewajarnya,” kata.

Memetik laporan Bernama, Sithambaram menambah bahawa ada bukti yang pengarah SRC telah memberi kuasa kepada bank untuk melakukan pemindahan elektronik dan bank mengatakan juga pihaknya bertindak berdasarkan mandat penandatangan SRC.

Beliau berhujah demikian dihadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan menyalahgunakan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Dua hakim lain ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram berkata Najib belum mengembalikan wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya walaupun mengakui telah menerima wang milik SRC itu.

Minggu lepas, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa kes pendakwaan akan gagal sekiranya keterangan salah seorang penandatangan dan pengarah SRC Datuk Suboh Md Yassin ditolak oleh mahkamah yang mendengar perbicaraan kerana beliau telah membuat pernyataan bercanggah.

Suboh memberitahu mahkamah bahawa pada awalnya beliau memberitahu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menemuinya di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 17 Nov 2015, bahawa 13 tandatangan dalam arahan pemindahan dana elektronik kepada bank itu tulen.

Namun, ketika disoal balas oleh Muhammad Shafee, beliau berkata beliau memberitahu pegawai SPRM di Putrajaya pada 28 dan 30 Mei 2018 bahawa tandatangannya mungkin telah dipalsukan.

Suboh juga mengatakan bahawa pada 13 dan 15 Ogos 2018, belau sekali lagi memberitahu pegawai SPRM bahawa tandatangannya adalah tulen.

Pihak pembelaan telah mencadangkan bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil mungkin telah memanipulasi tandatangan Suboh dalam salinan yang diimbas sebelum menghantarnya ke bank untuk melaksanakan arahan untuk memindahkan dana.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Perbicaraan bersambung.

Berita berkaitan
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
13 jam lalu· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
6 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok