Hospital Sungai Buloh terima semula pesakit bukan Covid

April 29, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia dilakukan setelah mengambil kira situasi terkini pandemik Covid-19 di Malaysia, terutama kes kategori tiga, empat dan lima serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes Covid-19 yang rendah di Lembah Klang.

“Selepas ini, perkhidmatan hospital ini ditukar kepada status hibrid dan akan merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 seperti dahulu selaras dengan keadaan negara yang dalam Fasa Peralihan Ke Endemik seperti diumumkan sebelum ini.

“Namun KKM akan sentiasa memantau dan bersiap sedia dalam menyediakan perkhidmatan perubatan bagi kes-kes Covid-19 termasuk rawatan kritikal jika berlaku peningkatan kes Covid-19 di negara ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini seperti dilapor Bernama.

Pada 10 Mac 2020, Hospital Sungai Buloh diwartakan sebagai hospital bagi rawatan khusus untuk pesakit Covid-19 sebagai langkah strategik bagi menampung keperluan katil hospital dan juga pengurusan hospital yang optimum dalam memerangi pandemik itu.

Pada kemuncak operasinya, Hospital Sungai Buloh mampu menampung lebih 2,000 pesakit Covid-19 pada satu-satu masa dan sehingga semalam, seramai 92,874 pesakit Covid-19 telah dirawat di hospital itu sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.

Dr Noor Hisham berkata KKM turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara terutama di Hospital Sungai Buloh yang memberikan komitmen jitu dan perkhidmatan kesihatan terbaik sepanjang pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok