Hospital Bukit Mertajam jadi Hospital Hibrid Covid-19

July 25, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menukar fungsi Hospital Bukit Mertajam (HBM) menjadi hospital hibrit Covid-19 pagi tadi susulan peningkatan kes di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jabatan itu telah melakukan perancangan dan persiapan rapi sejak enam hari lalu bagi menempatkan pesakit Covid-19 di HBM.

“Terdapat 72 katil dengan paip oksigen di hospital itu, yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19, malah ia boleh dikembangkan hingga ke 120 katil apabila permintaan meningkat.

“HBM juga dapat menerima pesakit hemodialisis yang dijangkiti Covid-19 kerana semua wad dilengkapi dengan kemudahan hemodialisis di katil pesakit,” katanya.

Katanya, semua perkhidmatan kepakaran di HBM akan tetap diberikan meskipun kapasiti bagi pembedahan, obstetrik dan ginekologi serta pediatrik akan dikurangkan.

“Pesakit bukan Covid-19 pula akan dipindahkan ke hospital lain seperti di Hospital Kluster Seberang Perai sekiranya diperlukan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok