Hormat, maruah, cinta kebaikan kunci Malaysia bersatu, harmoni: Muhyiddin

September 7, 2022 · Isu semasa

Negara Malaysia bersatu dan harmoni yang tidak dipisahkan oleh perbezaan agama serta bangsa boleh diwujudkan jika semua rakyat berbilang kaum melayan kaum-kaum lain dengan rasa hormat, bermaruah dan penuh kebaikan.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang diperlukan adalah hati yang bersih, yang disusuli dengan kejujuran dan rasa belas kasihan.

“Apabila kita memiliki semua kualiti ini dalam hati kita, kita tidak akan melihat mereka yang duduk atau berdiri di sebelah kita sebagai ‘orang lain’, tetapi sebagai insan yang sama, yang berhak mendapat penghormatan dan belas kasihan tertinggi.

“Ini adalah Malaysia yang kita ingin lihat berkembang di masa kita dan juga di masa generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku biografi Tan Sri Datuk Dr. Ampikaipakan Kandiah – “The Doctor Will See You Now” di Kuala Lumpur pada Rabu.

Tan Sri Ampikaipakan merupakan kawan dan doktor peribadi Muhyiddin selama hampir 30 tahun dan turut bertanggungjawab menjaga dan mengurus kesihatan bekas perdana menteri itu ketika disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat beberapa tahun lalu.

Mengambil contoh persahabatan antara dia dengan Ampi, Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia boleh bertemu rakan baik tidak kita apa latar belakang bangsa dan agamanya.

“Saya perlu kongsikan rasa belas kasihan mereka (Tan Sri Ampi dan isteri) kepada saya sehingga mereka mendoakan kesihatan dan kejayaan saya dalam sembahyang mereka.

“Seperti mana saya menghormati tanggujawab mereka kepada agama mereka, mereka juga menghormati cara dan dedikasi saya kepada Allah dan Islam.

“Kunci kepada ini bukan toleransi tetapi dedikasi dan hormat. Ini bentuk hubungan yang kita berharap akan subur di negara tercinta ini,” katanya. – Artikel kredit SatuBerita

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
7 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
7 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok