Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon

February 8, 2023 · Isu semasa

Jabatan Imigresen mengingatkan pihak luar negara, termasuk Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia / Komnas HAM), untuk tidak mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang Malaysia berhubung kemasukan ke negara ini.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud juga mengingatkan bahawa kedutaan asing tidak mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang bentuk pas bagi membenarkan rakyat mereka menetap di Malaysia walaupun untuk tempoh sementara

Sama seperti rakyat Malaysia yang perlu mematuhi undang-undang apabila masuk ke negara lain, beliau mengingatkan tidak ada pihak dalam atau luar negara yang boleh mempersoalkan kewajaran Imigresen melaksanakan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Fakta yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak ialah individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Nilai Spring itu membabitkan golongan PATI,” katanya dalam kenyataan di FB Jabatan Imigresen, hari ini (8 Februari 2023).

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang memetik kecaman oleh Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia / Komnas HAM) susulan serbuan Imigresen terhadap pekerja asing di sebuah penempatan di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.

Dalam operasi 1 Februari lalu, seramai 68 individu warga Indonesia diperiksa dan 67 individu berusia antara dua bulan hingga 72 tahun ditahan JIM.

Antara kesalahan dikenal pasti adalah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Khairul Dzaimee berkata, rakyat Malaysia juga boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar sekiranya mereka melanggar undang-undang Imigresen negara berkenaan.

Justeru katanya, semua pihak perlu menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara.

Terdahulu, Komnas HAM Indonesia mengecam serbuan di penempatan di Negeri Sembilan dengan penahanan 67 PATI.

Suruhanjaya itu menegur Jabatan Imigresen Malaysia kerana tidak mematuhi prinsip Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

Komnas HAM meminta Kerajaan Malaysia memindahkan wanita dan kanak-kanak yang ditahan ke kemudahan lebih selamat yang mesra kanak-kanak, terutama bagi kanak-kanak yang masih menyusu badan, serta memastikan kanak-kanak ini tidak berpisah dengan ibu bapa.

Kedua, mereka menuntut supaya kanak-kanak diberi hak mereka untuk mendapat pendidikan formal berdasarkan CRC yang telah diratifikasi oleh Malaysia serta memastikan dasar dibuat untuk mengambil kira kepentingan terbaik mereka.

Suruhanjaya itu juga telah meminta Jabatan Imigresen berhenti menyerbu, menangkap dan menahan anak pendatang tanpa izin dan mengemukakan pendekatan hak asasi manusia serta mengoptimumkan RTK 2.0.

Berita berkaitan
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Bahagian Selatan Laut Maluku, Indonesia digegar gempa bumi
March 8, 2023· Dunia
Banjir: Mangsa seluruh negara meningkat 55,000 ditempatkan di PPS
March 5, 2023· Isu semasa
MN Negeri Sembilan bidas langkah tukar nama jalan dengan nama pengasas DAP
February 17, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
3 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
3 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
21 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok