Honda tarik balik 77,708 unit kereta pelbagai model

April 28, 2021 · Isu semasa

Honda Malaysia memanggil balik 77,708 unit kenderaan pelbagai model bagi tujuan penggantian pam bahan api, lanjutan daripada kempen sama yang dilaksanakan Jun tahun lalu.

Model Honda yang terbabit dengan kempen itu merangkumi kenderaan yang dipasang pada 2018 hingga 2020.

Honda dalam satu kenyataan berkata, model kenderaan yang terjejas ialah, Accord 2018 dan 2019 sebanyak 512 unit; BR-V 2018 dan 2020 (7,118 unit); City 2019 (30,388 unit); dan City (HEV) 2019 (390 unit).

Model lain termasuk, Civic model 2018 dan 2019 masing-masing 6,240 dan 2,776 unit; CR-V model 2019 dan 2020 masing-masing 9,843 dan 1,381 unit; HR-V model 2018 sebanyak 7,679 unit dan HR-V (HEV) model 2018 sebanyak 62 unit.

Turut terbabit ialah Jazz model 2019 dan 2020 sebanyak 5,791 dan 4,626 unit serta Jazz (HEV) model 2019 dan 2020 masing-masing 92 dan 30 unit.

“Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi pelanggan terbabit. Kami telah memastikan semua jualan model semasa tidak terjejas dengan panggilan semula ini,” kata kenyataan itu.

Honda Malaysia meminta semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana penjual kereta Honda yang sah untuk membuat temujanji setelah menerima surat untuk menggantikan pam bahan api.

“Penggantian pam untuk pelanggan yang terjejas akan dilakukan secara percuma dan kos berkaitan dengan aktiviti penggantian akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok itu juga akan disediakan secara berperingkat.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok