HM4P salur RM828,000 baik pulih kerosakan Masjid Al-Aqsa

June 21, 2021 · Isu semasa

Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) melalui Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) hari ini menyerahkan RM828,000 kepada Tabung al-Aqsa di bawah Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan bagi membaik pulih Masjid Al-Aqsa.

Sumbangan itu akan digunakan bagi memperbaiki pada pintu, tingkap dan klinik dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa yang rosak dalam serbuan dan keganasan dilakukan polis serta tentera rejim Zionis Israel.

Dana itu diserahkan Ketua Misi HM4P yang juga Pengerusi BKUM, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan, Dr Mohammad Al-Khalaileh dalam satu majlis ringkas di pejabat menteri itu di Amman.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Jilid Kuminding; Pengarah Direktorat Al-Quds Awqaf, Dr Abdul Satar Al-Qudah; Pengerusi Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Umar Fahmi Al-Kiswani dan Timbalan Pengerusi BKUM, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

“Penyerahan dana ini adalah bertujuan menyampaikan solidariti kita kepada rakyat Palestin, itu keutamaan kita,” kata Abdul Azeez selepas majlis penyerahan dana sumbangan kepada Masjid al-Aqsa di sini hari ini.

Abdul Azeez berkata, sumbangan itu disampaikan secara terus kepada Masjid Al-Aqsa dengan disaksikan menteri bertanggungjawab di Jordan dan Pengerusi Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Umar Fahmi Al-Kiswani.

“Kita juga berhasrat untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin di Jordan,” kata Abdul Azeez yang akan bergerak ke Kaherah pada Selasa ini untuk meneruskan misi bantuan ke wilayah Gaza yang diserang Israel pada bulan lalu.

Sheikh Umar mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, terutama UMNO, di atas sumbangan kepada Masjid al-Aqsa.

“Dana USD200,000 itu akan digunakan untuk pembangunan atau pemulihan Masjid Al-Aqsa kesan serangan (rejim zionis Israel) baru-baru ini, di mana kerosakan berlaku kepada beberapa bahagian masjid,” kata Pengerusi Imam Masjid Al-Aqsa itu.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Jilid menyifatkan ia sebagai sumbangan pertama disalurkan secara terus kepada Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan yang bertanggungjawab mentadbir Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis di bawah penjagaan Raja Abdullah II dari Jordan.

Difahamkan, Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al-Aqsa dan warga Palestin.

Setiap tahun Jordan memperuntukkan AS$18 juta untuk pengurusan dan penyelenggaraan Masjid al-Aqsa, termasuk membayar gaji pekerja-pekerjanya, termasuk lebih 300 petugas yang menjaga keselamatan masjid itu daripada diceroboh sewenang-wenangnya oleh zionis.

Misi turut disertai wakil Agenda Daily Hiekal Rosli dijangka berada di wilayah bergolak itu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok