Hisyam Teh kekal enggan buat sebarang hujahan rayuan akhir Najib

August 19, 2022 · Isu semasa

Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik bertegas untuk tidak mengemukakan sebarang hujahan bagi pihak bekas Perdana Menteri itu dalam rayuan akhir kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan, di Putrajaya, hari ini (19 Ogos 2022).

Beliau ditanya sekali lagi oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sama ada akan membuat penghujahan atau tidak.

“Jangan beritahu kami anda tidak bersedia untuk menyerahkan sama sekali, walaupun atas satu daripada 94 alasan rayuan?” kata Tengku Maimun.

Beliau berkata jika Hisyam Teh tidak bersedia untuk mengemukakan hujahannya secara bertulis, pihak pembelaan sentiasa boleh membuat hujahan lisan.

“Anda akan mempunyai hari Sabtu, Ahad dan Isnin untuk membuat persediaan,” tambahnya.

Hisyam menjawab: “Saya tidak akan membuat sebarang hujahan.”

Ketua Hakim Negara kemudian berkata ia adalah hak Hisyam untuk berbuat demikian.

“Ia hak anda. Ia adalah kebebasan anda,” katanya.

Terdahulu, panel lima hakim turut menolak permohonan Hisyam Teh untuk menangguhkan rayuan kepada Khamis (29 Ogos).

Dia telah memberitahu mahkamah bahawa dia perlu menghadiri kes lain.

Permohonan itu ditolak oleh panel hakim.

“Seperti yang telah kami nyatakan berkali-kali, tidak akan ada penangguhan rayuan ini, kami akan meneruskan seperti yang dijadualkan. (Hisyam Teh) anda kekal dalam rekod (sebagai peguam bela),” kata Tengku Maimun.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Hisyam berkata pasukannya diminta datang semula pada Selasa (23 Ogos) untuk pembelaan.

“Saya telah menjelaskan kepada mahkamah bahawa setakat ini, saya tidak akan membuat sebarang penghujahan.

“Kedudukan akan sama pada Selasa, bahawa kami tidak membuat sebarang hujahan pada Selasa,” kata Hisyam Teh.

Semakan ke atas sistem e-filing menunjukkan perbicaraan rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin dan Selasa.

Hisyam adalah peguam utama Zahid dalam perbicaraan itu.

Berita berkaitan
Zaman ‘merpati’ jadi PM, Anwar dakwa hanya tidur atas lantai di penjara
September 23, 2022· Politik
Tak pernah lihat badan kehakiman bebas seperti sekarang: Musa Hitam
September 15, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Khairy sangkal dakwaan ubat diberi kepada Najib ditukar
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
1 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
2 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok