Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS

August 10, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Kementerian Pertahanan (Mindef) menyokong cadangan Kabinet untuk menyahklasifikasi laporan audit forensik kapal tempur pesisir pantai (LCS) 2019 dan mengalu-alukan siasatan menyeluruh terhadap skandal perbelanjaan ketenteraan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kanan Pertahanan itu juga berkata Mindef akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak dan semua siasatan ke atas projek bernilai RM9 bilion itu.

“Saya dan Mindef akan melakukan apa sahaja untuk memastikan isu ini selesai dan memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menjalankan siasatan, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC); Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Siasatan Kewangan Kerajaan, serta juruaudit forensik.

“Saya sendiri dan pimpinan di Mindef tiada apa yang hendak disembunyikan… cuma kita mahu perkara ini diselesaikan dan diteruskan demi kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), demi wang yang dibelanjakan, dan demi kepentingan negara, ” katanya.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa cadangan Kabinet untuk menyahklasifikasi laporan pengauditan forensik tidak akan menjejaskan keperluan TLDM untuk LCS.

Beliau juga mengulangi bahawa sebarang kesalahan yang terbongkar daripada siasatan skandal itu mesti dihukum.

Menurutnya Mindef sedang giat berunding dengan pengeluar peralatan asal, vendor dan bank bagi memastikan projek LCS dapat dijayakan sehingga selesai.

“Adalah penting bagi semua pihak berkepentingan untuk terus fokus meneruskan projek LCS, bagi memastikan TLDM dapat memiliki LCS yang mereka sangat perlukan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Kabinet telah mencadangkan supaya laporan pengauditan forensik LCS 2019 tidak diklasifikasikan sementara menunggu semakan oleh peguam negara dan juruaudit negara.

Menurut Perdana Menteri Kabinet juga memutuskan untuk menggesa SPRM menyegerakan siasatan terhadap kontrak perolehan enam LCS itu.

Projek LCS bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan yang diperintah Barisan Nasional dan UMNO melalui Kementerian Pertahanan pada 2011, dan mula berkuat kuasa pada 2013.

Pada Khamis (4 Ogos lalu) PAC mendedahkan laporan setebal 247 muka surat berhubung LCS dan antaranya terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.

Pada 6 Ogos lalu, SPRM mengumumkan siasatan terhadap skandal LCS kini sudah pada peringkat akhir dan individu bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Azam Baki berkata kertas siasatan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pengumuman berhubung skandal kapal tersebut akan dibuat pada masa terdekat.

“Siasatan kini di peringkat akhir dan akan umumkan (hasil siasatan) bila sampai masanya, dalam tempoh terdekat.

“Ini kerana kita perlu berbincang dengan AGC dan sebagainya, baharulah kita boleh buat kenyataan (secara rasmi) kerana kenyataan berhubung kes ini adalah sensitif,” katanya.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok