Hishammuddin lulus permohonan UKSB, kata saksi kes Zahid

May 10, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi melaksana perkhidmatan Sistem Pengurusan Permohonan Visa (SPPV) ‘One Stop Center’ di China untuk tempoh konsesi selama tujuh tahun.

Bekas Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Djuliana Jamaludin berkata Hishammuddin telah meluluskan permohonan UKSB pada 1 Oktober 2011, lapor Bernama.

“Saya telah diarahkan oleh bahagian saya (Hal Ehwal Imigresen) untuk menyediakan Kertas Pertimbangan bagi mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin berkenaan dengan permohonan UKSB untuk melaksanakan SPPV 1 Stop Center di Republik Rakyat China (China) secara ‘Private Finance Initiative (PFI)’ untuk tempoh tujuh tahun.

“Kertas pertimbangan yang bertarikh 28 Sept 2011 telah mengesyorkan beberapa cadangan tindakan kerajaan,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong.

Djuliana berkata pada sekitar 2010, UKSB telah menghantar satu cadangan kepada KDN untuk menawar perkhidmatan itu di China.

“UKSB membuat cadangan tersebut melalui surat kepada menteri KDN ketika itu (iaitu) Hishamuddin bertarikh 4 Mac 2010, yang antara lainnya, menyebut ‘Visa Facilitation Services’ boleh membantu pejabat perwakilan Malaysia di China untuk menguruskan permohonan visa secara menyeluruh dan selamat tanpa mempengaruhi sebarang proses kelulusan.

“Dalam surat itu juga, UKSB mencadangkan perkhidmatan yang disediakan tidak melibatkan sebarang kos kepada Kerajaaan Malaysia kerana semua infastruktur perkhidmatan akan disediakan sepenuhnya oleh UKSB,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata di bahagian atas surat tersebut, terdapat catatan minit Hishammuddin iaitu ‘Datuk Seri KSU/ Datuk Alias sila teliti seperti yang dilakukan untuk India – yang ini untuk China’.

“Berikutan minit YB Menteri itu (Hishammuddin), cadangan UKSB itu telah diteliti dan dikaji oleh Jabatan Imigresen terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada KDN untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ketiga Siti Jalilah Abd Manap iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, KDN memberitahu mahkamah bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanjutkan kontrak UKSB bagi projek Visa Luar Negara (VLN) walaupun kontrak syarikat itu masih berbaki tiga tahun lagi.

Ahmad Zahid menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri antara 2013 dan 2018.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.

Berita berkaitan
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
13 jam lalu· Politik
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok