Hishammuddin jadi kontak rapat Covid-19, perlu jalani kuarantin

June 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (MOH) mengenal pasti Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19 yang positif dan diarahkan menjalani proses kuarantin wajib.

Susulan itu, Hishammuddin perlu membatalkan lawatannya ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China yang dijadualkan esok, dan juga lawatan kerja rasmi ke Mesir, Kuwait dan Qatar.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengenal pasti Hishammuddin, sebagai kontak rapat kepada seorang yang telah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan PCR COVID-19.

“Walaupun Menteri Luar itu telah pun menjalani dua ujian PCR yang keputusannya negatif – namun di bawah garis panduan yang dikeluarkan MOH, beliau perlu menjalani kuarantin wajib dan pengasingan kendiri,” kata kenyataan tersebut.

Wisma Putra menyatakan, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mewakili Hishammuddin selaku ketua delegasi ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China yang telah dijadualkan itu.

Hishammuddin juga menangguhkan lawatan kerjanya ke Mesir, Kuwait dan Qatar, dan tarikh baharu akan ditetapkan menerusi perbincangan dengan kerajaan negara-negara terbabit, dan kementerian itu bekerjasama rapat dengan rakan sejawat di negara-negara tersebut untuk tujuan itu.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
23 jam lalu· Politik
Selepas dibebaskan, Zahid kini kata undang-undang ditegakkan
September 23, 2022· Politik
Gambar baharu Jho Low diambil penyiasat persendirian didedahkan: Laporan
September 23, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
2 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
4 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
4 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok