Hisham gesa kes buli di kem tentera dilapor terus kepadanya

December 3, 2021 · Isu semasa

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu dipercayai seorang anggota tentera yang didakwa dibuli di dalam kem untuk membuat aduan terus kepadanya.

Beliau yang prihatin dengan dakwaan itu meminta individu terbabit supaya memberikan butiran terperinci mengenai kejadian berkenaan kepadanya atau menghubungi kakitangan di pejabat beliau.

“Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan,” katanya dalam Twitter sambil meletakkan pautan dakwaan itu.

Bagaimanapun, pautan berkenaan dipercayai sudah dipadam.

Dakwaan individu dipercayai abang kepada mangsa dalam bentuk tangkap layar sebuah mesej itu mendapat perhatian Hishammuddin selepas ia tular di media sosial.

Tangkap layar tersebut mendakwa seorang penghuni kem tentera dipukul setiap hari dan diugut menyerahkan wang selain dipaksa membeli barang untuk penghuni senior.

Dakwaan itu juga mengatakan kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak atasan kem, namun hanya diberi hukuman ringan.

Pihak polis juga turut mengarahkan untuk aduan dibuat kepada pihak kem selepas perkara itu dilaporkan.

Hishammuddin turut mengarahkan timbalan menteri pertahanan meneliti perkara itu bagi mengesahkannya sekali gus mengambil tindakan sewajarnya.

“Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Terdapat kes buli berlaku di Sekolah Menengah di Kuala Kangsar: Polis
November 4, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok