Hina raja dan agama, seorang lelaki India didakwa di mahkamah

September 13, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini, gara-gara membuat hantaran menghina institusi raja dan agama di laman sosial Facebook.

Bagaimanapun tertuduh, Prajiv Lionel Proctor, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Menurut laporan Bernama, kertas pertuduhan mendapati Prajiv secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menganiayai orang lain, yang telah dibaca di laman profil Facebook ‘Bantal Busuk’ dan kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1 tengah hari di KM4 Bukit Piatu dalam daerah Melaka Tengah pada 29 Dis 2019.

Prjajiv didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Namun peguam Tan Chow Teng yang mewakili Prajiv merayu agar sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu dikenakan jaminan RM3,000 kerana beliau menghidapi kanser tiroid, kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan masalah hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD) selain masih menjaga kedua-dua orang tuanya, serta tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim Maziah Joary kemudian membenarkan Prajiv diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 17 Jan 2022.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok