
Dragonforce Malaysia merosakkan lebih daripada 70 laman sesawang kerajaan, selain universiti, majlis perbandaran dan firma swasta India sebagai bantahan terhadap tindakan menghina Nabi Muhammad SAW.
Kumpulan penggodam Malaysia yang menggelarkan diri sebagai ‘DragonForce’ berkata mereka berjaya merosakkan laman sesawang Universiti Delhi dan Perbadanan Perbandaran Nanded-Waghala, sebagai sebahagian daripada kempen serangan siber terhadap India susulan penghinaan anti-Islam oleh seorang ahli politik dari parti pemerintah.
Dalam laman Twitternya, kumpulan aktivis itu menunjukkan bahawa ia dapat merosakkan laman sesawang universiti dan majlis tempatan India, untuk menyampaikan bantahannya terhadap kenyataan ahli politik itu terhadap Nabi Muhammad SAW.
“Satu lagi laman web Kerajaan India & Universiti India Digodam Dan Dibocorkan Oleh Dragonforce Malaysia. Pangkalan Data Incoming Boom Boom Boom,” tulis kumpulan itu di Twitter.
Laman sesawang itu menunjukkan bahawa ia telah digantikan dengan mesej daripada DragonForce Malaysia mengenai kempen Ops Patuk susulan penghinaan agama.
Kumpulan itu juga mengumumkan di Twitter bahawa ia dapat memasukkan kod dalam beberapa laman web.
Serangan itu adalah yang terbaru oleh kumpulan Malaysia.
Menurut Times of India, kumpulan itu sebelum ini mendakwa merosakkan 70 laman web kerajaan dan swasta di India, meninggalkan klip audio dan teks yang mengatakan: “Untuk kamu adalah agama kamu, bagi saya adalah agama saya”.
Pelbagai laman web India, daripada Kedutaan India di Israel dan Institut Pengurusan Pelanjutan Pertanian Kebangsaan ke sekolah awam Delhi dan laman web lain milik institusi akademik, telah digodam oleh kumpulan itu sejak beberapa hari lalu.
Serangan itu dipercayai sebagai tindakan balas terhadap kenyataan menyinggung yang dibuat oleh jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma, terhadap Nabi Muhammad SAW.
Komen Nupur itu mencetuskan gelombang bantahan diplomatik beberapa negara dan institusi Islam termasuk Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Malaysia, Indonesia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
BJP telah menggantungnya dan memecat jurucakap parti lain, Naveen Jindal, berikutan ketegangan diplomatik itu.
Ibukan kali pertama Dragonforce Malaysia melancarkan penggodaman besar-besaran ke atas laman web asing.
Penggodam yang terkenal itu, pada Mei 2021, menggodam pelbagai rangkaian CCTV Israel, milik agensi kerajaan dan rumah peribadi.
Sebulan kemudian, kumpulan itu menggodam pangkalan data sebuah syarikat pengambilan pekerja Israel, Academe, dan membocorkan butiran peribadi ratusan ribu pelajar Israel dalam talian.