Hilang sejak 2018, bekas pegawai 1MDB dicekup di KLIA2 kelmarin

May 5, 2023 · Isu semasa

Seorang lelaki yang merupakan bekas pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya dicekup sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2) pada jam 3.30 pagi, pada Rabu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, individu yang juga seorang ahli perniagaan itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) sebelum menghilangkan diri sejak 2018.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurut laporan Utusan yang memetik sumber, hasil siasatan mendapati lelaki itu menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

“Dia kemudian diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi kelmarin. Pegawai SPRM merakamkan keterangan beliau dan penggeledahan rumah dilakukan pada hari yang sama.

“Selain itu, siasatan juga membuktikan bahawa beliau menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M),” kata sumber itu.

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
10 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok