HFMD: Melaka tutup 12 premis, kesan 1,378 jangkitan

May 18, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 12 premis berkaitan jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 1,378 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat 14 Mei lepas.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata peningkatan semula bilangan kes HFMD yang dilaporkan adalah selepas cuti Aidilfitri yang berlaku atas faktor pergerakan dan taska, tadika serta pusat penjagaan telah beroperasi semula, lapor Bernama.

“Terdapat peningkatan 1,322 kes atau 24.6 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 56 kes, dengan 95.5 peratus kes adalah kalangan berumur 0 hingga enam tahun.

“Untuk itu, sebanyak 12 premis merangkumi tadika, taska dan pusat penjagaan kanak-kanak telah diarahkan tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berlaku wabak HFMD di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya sebanyak lapan kes HFMD dilaporkan dimasukkan ke wad pada Minggu Epidemiologi 19 (ME19) iaitu 8 Mei hingga 14 Mei 2022, peningkatan enam kes berbanding minggu sebelumnya iaitu dua kes.

“Secara keseluruhan, jumlah kemasukan ke wad kanak-kanak atau perubatan adalah 67 kes dan majoriti kes (91.4 peratus) dirawat sebagai pesakit luar. Tiada kematian dilaporkan setakat ini,” katanya.

Mengikut pecahan daerah pula, Dr Muhamad Akmal menjelaskan daerah Melaka Tengah mencatat 124 kes, peningkatan sebanyak 69 kes (125.4 peratus) berbanding minggu sebelumnya iaitu 55 kes.

“Sementara di Alor Gajah dan Jasin, masing-masing melaporkan 162 kes dan 115 kes. Kedua-dua daerah ini meningkat 100 peratus berbanding sebelum ini yang tiada kes,” katanya.

Dr Muhamad Akmal turut menjelaskan setakat 14 Mei juga, terdapat tiga kluster HFMD dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 16 kluster wabak dengan daerah Jasin mencatat bilangan tertinggi iaitu 11 (68.8 peratus) diikuti empat di Melaka Tengah (25 peratus) dan Alor Gajah satu (6.2 peratus).

“Tadika, taska dan pusat jagaan merupakan premis tertinggi berlaku HFMD iaitu 12 kluster (75 peratus),” katanya.

Bagi mengekang penularan wabak, pemeriksaan dan pemantauan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah akan dilakukan ke atas persekitaran berisiko seperti taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak.

Dr Muhamad Akmal berkata 30 premis telah diperiksa setakat ini manakala taklimat serta Town Hall melibatkan 900 premis berkaitan pusat penjagaan kanak-kanak kerajaan dan swasta, guru dan pengusaha akan diadakan dalam empat sesi.

“Ibu bapa juga dinasihatkan tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala penyakit tersebut ke tempat awam, tadika, taska atau pusat asuhan untuk mengelak ia menular.

“Paling utama, sentiasa amalkan kebersihan premis dengan memastikan peralatan yang digunakan kanak-kanak seperti sudu, pinggan, meja dan alatan permainan sentiasa dibersihkan dan dinyahkuman,” katanya.

Berita berkaitan
8,000 kes HFMD dikesan di Perak
June 9, 2022· Isu semasa
Mahkamah tolak petisyen calon BN bagi DUN Sungai Udang
June 8, 2022· Politik
Kes HFMD direkod Pulau Pinang meningkat dua kali ganda
June 7, 2022· Isu semasa
82,846 kes HFMD direkodkan KKM setakat 4 Jun
June 7, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok