HFMD: 105 Tabika, 75 Taska tutup

May 28, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 180 premis pendidikan awal dan pusat jagaan kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ditutup akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat semalam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada jumlah itu, 105 premis ialah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) manakala bakinya ialah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang terletak di seluruh negara kecuali Negeri Sembilan dan Melaka.

“Tindakan menutup Tabika dan Taska dibuat berdasarkan nasihat serta saranan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana setiap kes yang dikesan akan dilaporkan kepada pihak berkenaan.

“Premis terlibat ditutup selama 10 hari dan tindakan sewajarnya termasuk kerja disinfeksi akan dilakukan pihak Kemas,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri bersama Warga Kemas Pahang di sini hari ini.

Mahdzir berkata sepanjang tempoh penutupan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, berdasarkan pengalaman yang dilaksanakan semasa pandemik Covid-19 melanda negara.

Beliau juga memberi jaminan bahawa Kemas sentiasa memantau perkembangan dan mengambil langkah proaktif untuk menangani penularan jangkitan penyakit itu di premis mereka berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.

Antara yang dilakukan ialah membuat saringan awal terhadap kanak-kanak yang dihantar setiap hari termasuk mengambil suhu badan dan membuat pemeriksaan terhadap simptom jangkitan seperti tanda ulser pada mulut dan lidah atau ruam di tangan dan kaki.

“Kita berharap ibu bapa juga dapat membantu mencegah penularan dengan memastikan anak-anak benar-benar sihat dan tidak mempunyai tanda jangkitan. Jika ada adik-beradik lain mempunyai simptom, mereka juga seharusnya tidak menghantar anak ke Tabika atau Taska sebagai pencegahan,” katanya.

Kemas mempunyai 10,765 buah Tabika dan 549 buah Taska di seluruh negara. – Bernama

Berita berkaitan
8,000 kes HFMD dikesan di Perak
June 9, 2022· Isu semasa
Kes HFMD direkod Pulau Pinang meningkat dua kali ganda
June 7, 2022· Isu semasa
82,846 kes HFMD direkodkan KKM setakat 4 Jun
June 7, 2022· Isu semasa
Jangkitan HFMD di Johor meningkat sebanyak 5,234 kes
June 6, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok