Hentikan penyebaran Batuk Kering

March 15, 2023 · Isu semasa

Tuberkulosis (TB) atau batuk kering adalah penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria yang dikenali senagai Mycobacterium tuberculosis. Ia boleh disebarkan dari seseorang yang dijangkiti ke seseorang yang lain melalui udara.

TB biasanya menjangkiti paru-paru, tetapi ia juga boleh menjejaskan bahagian lain tubuh kita seperti otak, buah pinggang, atau tulang belakang. Namun, ia boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, negara-negara di Asia Tenggara menyumbang satu pertiga (44 peratus) daripada kes TB dunia. Malaysia berada di kedudukan ke-76 dunia dan diklasifikasikan sebagai negara endemik tahap sederhana hingga rendah.

Jumlah kes TB yang dilaporkan di Malaysia pada tahun 2021 ialah 21,727 manakala jumlah kematian TB pada tahun yang sama ialah 2,288.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman dan Respiratori Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Dr. Che’ Wan Aminud-Din Hashim, sesiapa sahaja boleh mendapat TB, tetapi individu yang paling berisiko ialah kenalan rapat atau ahli keluarga seseorang yang mempunyai penyakit TB.

“Jangkitan boleh berlaku sama ada di rumah atau di tempat kerja. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti  penghidap diabetes, pesakit buah pinggang kronik, pesakit kanser, mereka yang menggunakan kortikosteroid yang berpanjangan dan penghidap HIV juga berisiko lebih tinggi berbanding individu sihat. Perokok tegar juga termasuk dalam golongan ini.

Gejala umum penyakit TB termasuklah terasa kurang sihat atau lemah, penurunan berat badan, demam dan berpeluh di waktu malam. Gejala penyakit TB paru-paru  termasuklah batuk, sakit dada dan batuk berdarah.

Gejala penyakit TB di bahagian lain badan bergantung pada organ yang terlibat. Sebagai contoh, jangkitan TB pada otak akan menyebabkan meningitis dan simptomnya adalah sakit kepala, gangguan tahap kesedaran atau pengsan, dan sawan,” katanya.

Tambah Dr. Che’ Wan, sesetengah pesakit mengalami pembengkakan leher akibat pembesaran nodus limfa akibat jangkitan tuberkulosis. TB tulang belakang juga biasa berlaku. Ciri klinikal tuberkulosis tulang belakang termasuklah sakit pada mana-mana bahagian tulang belakang, kebas tangan atau kaki atau kedua-duanya, lemah otot tangan atau kaki atau kedua-duanya, kekejangan otot, demam, berpeluh pada waktu malam dan kecacatan tulang belakang yang ketara.

Ujian Mantoux Tuberculin Skin Test (TST) atau ujian darah TB (interferon gamma release assay, QuantiFERON-TB Gold and T-Spot) boleh digunakan untuk menguji wujudnya jangkitan tuberkulosis. Ujian tambahan pula diperlukan untuk mengesahkan penyakit TB. Ujian  seperti x-ray dada dan sampel kahak, diperlukan untuk melihat sama ada seseorang itu menghidap TB aktif atau tidak.

“Sampel dari kahak, cecair badan atau tisu digunakan sebagai bahan utama untuk pengesahan makmal bagi penyakit TB. Dalam kes tertentu apabila tiada kahak dapat dihasilkan oleh pesakit atau terdapat ketidakpastian tentang diagnosis iaitu antara TB atau kanser paru-paru, bronkoskopi fleksibel adalah prosedur diagnostik yang akan digunakan,” jelas beliau.

Dr. Che’ Wan memberitahu, rawatan tuberkulosis mengambil masa lebih lama berbanding rawatan penyakit jangkitan bakteria lain. Jangkitan tuberkulosis aktif akan dirawat dengan gabungan ubat antibakteria untuk tempoh enam hingga 12 bulan. Rawatan yang paling biasa untuk TB aktif ialah isoniazid bersama tiga ubat lain iaitu rifampicin, pyrazinamide dan ethambutol.

“Rawatan penyakit TB mempunyai fasa intensif selama dua bulan, diikuti dengan fasa sambungan sama ada empat, tujuh atau 10 bulan. Fasa intensif menggunakan kesemua empat jenis ubat manakala fasa sambungan pula memerlukan dua jenis ubat sahaja iaitu isoniazid dan rifampicin,” jelasnya.

Ketika rawatan, keadaan pesakit bergantung pada jenis ubat yang terdapat di pusat rawatan, ubat TB diberikan dalam bentuk tablet berasingan ataupun gabungan empat atau dua ubat dalam satu tablet tunggal.

Tambah beliau, pesakit akan mula mengalami tindak balas klinikal yang positif dua hingga empat minggu selepas rawatan dimulakan bergantung kepada organ yang terlibat dan sama ada jangkitan itu teruk atau tidak.

“Sesetengah pesakit mungkin mengalami kesan sampingan termasuklah kegatalan kulit dan terasa pening. Sakit perut yang ringan mungkin berlaku pada permulaan rawatan tetapi ia biasanya bertambah baik dalam beberapa hari.

“Air kencing pesakit akan berubah kepada warna oren kemerah-merahan kerana tindakbalas dengan ubat TB  dan ini akan berlaku sepanjang tempoh rawatan. Sesetengah pesakit mungkin mengalami kesan sampingan yang teruk yang memerlukan kemasukan ke hospital, pemberhentian sementara rawatan dan meneruskan semula rawatan apabila keadaan pesakit bertambah baik,” katanya.

Walaupun terdapat rawatan, kita boleh melakukan pencegahan bagi menghentikan penyebaran jangkitan.

Menurut Dr. Che’ Wan, satu-satunya vaksin untuk TB di pasaran ialah vaksin Bacille Calmette-Guérin (BCG) yang diberikan kepada bayi yang baru lahir.

Semua kes TB yang disahkan mesti dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengesanan kontak rapat akan dilakukan oleh kakitangan kesihatan yang berkenaan.

“Individu yang mempunyai simptom-simptom TB seperti batuk lebih daripada dua minggu, batuk berkahak, batuk berdarah dan demam serta hilang selera makan hendaklah menjalani ujian saringa TB. Ujian kahak akan dilakaukan selama tiga hari berturut-turut. Ini boleh dilakukan di Klinik Kesihatan berhampiran atau mana-mana klinik atau hospital swasta,” katanya.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok