Hentikan pengeluaran i-Citra, jangan ikut kebodohan Pemuda UMNO

December 14, 2021 · Isu semasa

Beberapa kesatuan sekerja hari ini mendesak kerajaan menghentikan pengeluaran tambahan i-Citra di bawah Kumpulan Wang Simpanan Sekerja (KWSP), sebaliknya memperkenalkan beberapa insentif lain.

Desakan itu dibuat Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), dan Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), yang mewakili jutaan ahlinya di seluruh negara.

Gesaan itu juga sekali gus dilihat meminta kerajaan dipimpin Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Kementerian Kewangan (MoF) tidak mengikut telunjuk Pemuda UMNO yang tidak mempedulikan nasib dan masa depan pekerja.

Oktober lalu, sehari selepas Bajet 2022 diumumkan, KWSP mendedahkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai baki kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Daripada jumlah itu, 3.6 juta ahli mempunyai kurang RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

Ketiga-tiga pengeluaran luar biasa sebelum ini telah menyebabkan 73 peratus atau hampir tiga per empat ahli berada dalam situasi serius yang mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara, kata KWSP.

Kejatuhan dalam simpanan ini amat merisaukan ramai pihak terutamanya pencarum Bumiputera yang menjadi kumpulan paling ramai terjejas.

“Sebanyak 4.4 juta atau 54 peratus daripada pencarum bumiputera kini mempunyai simpanan kurang RM10,000 dan dua juta atau 25 peratus mempunyai wang KWSP kurang daripada RM1,000,” kata KWSP.

Namun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan pergerakan itu, dengan bantuan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memaksa kerajaan dan Mof meluluskan pengeluaran one-off RM10,000 i-Citra. Berita berkaitan

Asyraf dan kepimpinan tertinggi Pemuda yang rata-rata berkelulusan hebat, sekurang-kurangnya dari universiti di luar negara, gagal membuat pertimbangan dan penyelidikan apabila memberi alasan keperluan pencarum untuk mengeluarkan RM10,000 secara one-off itu, dengan mendakwa kononnya ia adalah kehendak rakyat.

9 Disember lalu, media melaporkan isu pengeluaran kali terakhir i-Citra berjumlah RM10,000 itu akan dibincangkan serta diperhalusi oleh Perdana Menteri bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sementara itu menurut Bernama, ketiga-tiga kesatuan sekerja berkenaan meminta kerajaan agar tidak membenarkan lagi pengeluaran kemudahan i-Citra dan memperkenalkan insentif tambahan lain.

Pemangku Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata ini berikutan pengeluaran kemudahan itu akan menyebabkan ahli-ahli terpaksa bekerja lebih lama demi menggantikan caruman tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyifatkan beberapa cadangan bagi membantu KWSP membina semula simpanan terbabit seperti kadar dividen yang berbeza atau memfokuskan projek bernilai tinggi, juga tidak mencukupi kerana impaknya terlalu kecil bagi mengubah keadaan sebahagian besar ahli.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MTUC berkata kerajaan sebaliknya perlu menyediakan pelbagai tambahan bantuan termasuk bagi peniaga kecil seperti geran, pinjaman bersubsidi dan kredit yang dijadikan sebahagian daripada pakej rangsangan sama ada melalui bank atau secara terus melalui agensi kerajaan.

Gesaan sama dibuat UNI-MLC supaya pengeluaran i-Citra ditamatkan, malah berpendapat bahawa KWSP akan lari dari matlamat penubuhannya jika terus membenarkan pengeluaran secara berterusan.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata ini berikutan setiap badan berkanun berkaitan dengan sistem perburuhan dan pekerjaan mempunyai matlamat penubuhan dan harus dipertahankan demi kebajikan dan perlindungan menyeluruh pekerja pada hari ini serta di masa depan.

“UNI-MLC menggesa agar KWSP menghentikan segera skim i-Citra itu dengan mengambil kira desakan banyak pihak yang berpendapat ianya tidak wajar kerana boleh menjejaskan kehidupan pekerja selepas bersara,” katanya.

Setiausaha Eksekutif NUSPM, Ikmal Azam Thanaraj Abdullah pula berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu pekerja yang memerlukan sokongan kewangan.

“Mereka yang mempunyai masalah seperti terlewat membuat pembayaran balik hutang boleh mendapat bantuan bank dalam memberi kelonggaran dan aduan mengenai bank yang tidak memberi maklum balas pula boleh dirujuk terus kepada Bank Negara Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok