Helikopter rentas negeri hanya dapat kebenaran selenggara

July 27, 2021 · Isu semasa

Kebenaran rentas negeri diberikan kepada helikopter yang tular baru-baru ini hanya untuk menyelenggara pesawat tersebut dan bukan untuk membeli tempahan nasi kandar, kata polis.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah merakam kenyataan ketua balai polis yang memberi kebenaran dan semua individu yang terlibat, termasuk pengadu, pemilik premis makanan dan pemilik syarikat helikopter jenis Bell 505 Global Ranger itu.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan dan hasil siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi kerana boleh mengganggu proses siasatan.

Semalam, polis Perak dilaporkan mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk berusia 52 tahun, bagi membantu siasatan insiden berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.

Isu berkenaan tular dalam media sosial apabila sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh dipercayai untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah pelanggan dari ibu negara di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan pada Sabtu lepas memaklumkan helikopter Bell 505, dikendalikan oleh Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh pada 9.08 pagi sebelum kembali ke Subang pada 11:02 pagi, seperti difailkan dalam pelan penerbangan.

Berita berkaitan
Di India, guna helikopter dianggap salahguna jentera kerajaan: Hadi
September 13, 2023· Politik
Selepas dikritik naik helikopter, PMX kata tak ambil gaji sebab tahu ramai susah
August 10, 2023· Politik
PMX naik helikopter : Sebab itu belanja mengurus Putrajaya 82%
August 7, 2023· Politik
Pertahan guna helikopter kerajaan, peguam bidas PMX angkuh
August 7, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok