Helikopter jatuh: Operasi SAR libatkan lima agensi disambung

September 12, 2022 · Isu semasa

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter yang dilaporkan hilang di hutan bampiran Bidor disambung semula kira-kira jam 8.30 pagi ini (Isnin, 12 September).

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata sekurang-kurangnya lima agensi terlibat dalam misi itu.

“Misi SAR bermula selepas taklimat pada jam 7 pagi.

“Seramai 10 pegawai dan 197 anggota terlibat dalam misi itu,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bidor.

Wan Azharuddin berkata antara yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (Smart), Jabatan Perhutanan, Pasukan Gerakan Am, polis dan penduduk kampung.

“Terdapat lima kumpulan menjalankan misi SAR di Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan.

“Fokus kami untuk hari ini adalah dalam radius 5 kilometer di mana helikopter itu kali terakhir dikesan,” katanya sambil menambah cuaca dijangka baik.

SAR telah dibatalkan pada Ahad (11 September) pada waktu malam dan cuaca buruk.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa sebuah helikopter jenis Eurocopter EC120B, dengan pendaftaran N409HH yang dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd gagal dihubungi oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari.

Juruterbang helikopter berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Sistem radar KLATCC merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter membawa seorang juruterbang yang terputus hubungan sebelum dilaporkan hilang di kawasan hutan sekitar Bidor hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Chester Voo berkata pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang, tetapi tiada panggilan kecemasan dibuat.

“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
October 3, 2022· Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022· Isu semasa
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
16 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok