Helikopter jatuh mendadak: Radar

September 11, 2022 · Isu semasa

Sistem radar Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter membawa seorang juruterbang yang terputus hubungan sebelum dilaporkan hilang di kawasan hutan sekitar Bidor hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Chester Voo berkata pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang walau bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat.

“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit.

“Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC telah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

CAAM mengesahkan bahawa sebuah helikopter jenis Eurocopter EC120B, pendaftaran N409HH yang dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd. gagal dihubungi oleh KLATCC pada jam 12.16 tengah hari tadi.

Juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan untuk mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Pusat operasi pasukan SAR dibuka di Masjid Langkap dan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri turut menghadiri taklimat pencarian di Balai Polis Bidor. – Bernama

Berita berkaitan
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023· Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023· Isu semasa
Di India, guna helikopter dianggap salahguna jentera kerajaan: Hadi
September 13, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok