
Helikopter jenis Eurocopter yang dimiliki sebuah syarikat swasta itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari tadi 11 September 2022.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan bagi mengesan sebuah helikopter yang dipercayai terhempas di kawasan selatan Perak dipercayai dekat Bidor, tengah hari tadi (11 September 2022).
Helikopter jenis Eurocopter yang dimiliki sebuah syarikat swasta itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata maklumat terbaharu yang diterimanya ialah helikopter itu “terkandas” di suatu tempat antara Bidor dan Langkap.
“Helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan am.
“Seorang juruterbang dilaporkan berada di dalam pesawat yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini pada 12.37 tengah hari,” katanya pada sidang media semasa lawatan ke Stesen Kereta Api Ipoh, hari ini.
“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan polis Bidor telah memulakan operasi mencari dan menyelamat.”
“Pihak CAAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini,” katanya lagi.