
HeiTech Padu Bhd.
HeiTech Padu Bhd telah memperoleh kontrak lima tahun bernilai RM66.84 juta daripada Kementerian Pertahanan (Mindef).
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, HeiTech berkata di bawah surat anugerah yang ditandatangani dengan Mindef pada 8 Sept 2022, syarikat teknologi itu akan menyediakan penyelenggaraan ke atas sistem bantuan latihan penerbangan operasi taktikal komputer di Bangunan Simulator Sukhoi 30-MKM, lapor Bernama.
Syarikat itu juga akan menyediakan sistem simulator pertahanan udara termasuk menaik taraf sistem sedia ada.
Kontrak itu dijangka mempunyai kesan positif ke atas pendapatan masa depan, aset bersih serta pendapatan sesaham syarikat dan tidak akan memberi kesan material terhadap dasar dividen, modal saham termasuk pegangan saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.