Hati-hati semasa pilih tawaran berlakon: Saifuddin

April 18, 2021 · Isu semasa

Para penggiat seni dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu sesuatu tawaran kerja supaya tidak terjebak dalam kegiatan perjudian dan jenayah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah berkata penggiat seni perlu lebih berhati-hati dan melihat aspek kerja yang ditawarkan terlebih dahulu bagi mengelak insiden baru-baru ini apabila terdapat pelakon tempatan terlibat dalam iklan mempromosi judi.

“Cuma kita berharap apabila kita ditawarkan berlakon dan sebagainya kita lebih berhati-hati,” katanya dipetik portal MalaysiaGazette.

Sejak Khamis sudah dua video iklan dengan tema sambutan Hari Raya tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan masyarakat.

Jelas Saifuddin lagi, alasan kononnya kerja-kerja dalam dunia seni semakin berkurangan adalah tidak munasabah, malah pihak kerajaan sendiri banyak memberikan insentif dan menawarkan banyak kerja-kerja kepada para penggiat seni.

“Kita dunia kesenian tidak kekeringan job untuk drama, filem dan sebagainya.

“Sejak awal tahun ini, di bawah KKMM dan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) banyak job telah mula keluar. Sekarang ini kita ada program nyanyi dari rumah.

“Ini musim yang mungkin jarang berlaku dalam sejarah, di mana kita ada begitu banyak izin penggambaran yang sedang berjalan, maknanya ada banyak job,” ujarnya.

Sebelum ini, pihak polis berjaya mengesan dan menahan lapan individu iaitu lima lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juru video/kamera serta pengarah penggambaran, kilp video pertama iklan raya yang mempromosikan judi atas talian.

Berita berkaitan
PRN: PN Pahang turun kempen di Selangor, Kelantan dan Terengganu
June 16, 2023· Politik
Saifuddin nafi ada kaitan dengan individu ditahan Akta Hasutan
April 15, 2023· Isu semasa
Pendakwaan terhadap Muhyiddin kerja kotor PH-BN, kata Saifuddin
March 9, 2023· Politik
Ini fitnah apa pula, soal Radzi berhubung isu kemudahan kereta bekas menteri
January 6, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok